Thursday, January 29, 2009

Friendster Atau Facebook?

Saya tergerak menulis tentang friendster @ facebook laman rangkaian sosial paling popular ini bila terdengar perbualan antara remaja yang sedang melayari internet.Asyiknya mereka bila berbincang tentang friendster.Kebetulan saya pernah membaca tulisan ADHAM SHADAN yang bertajuk 'Jaringan komuniti maya'.Beliau membuat kajian tentang tahap popular antara friendster dan facebook di Malaysia.Kajian beliau mendapati friendster lebih popular di Malaysia dengan 27 peratus pengguna internet menggunakan friendster.Di Asia friendster menduduki tempat pertama dengan 36 juta pengunjung manakala facebook menduduki tempat kedua dengan 18 juta pengunjung.Saya cuba selidik pendapat seorang kakitangan Adn Minda (Kedai Komputer)yang bernama Kak Norashitah sama ada beliau melayari facebook.Beliau menjawab tidak,sebaliknya menggunakan friendster.Bagi saya,lebih gemar menggunakan facebook selepas diperkenalkan oleh Zaid Akhtar (penulis tersohor),berbanding friendster.Sekali log in terus melekat sampai sekarang.Apa yang menariknya saya dapat mencari rakan-rakan lama yang sudah terpisah dan bertanya khabar meraka melalui facebook.Manakala friendster sudah lama tak menjenguknya.

Wednesday, January 28, 2009

Fenomena Gerhana Matahari

Ahad lalu saya sempat menunaikan solat sunat khusuf (gerhana matahari).Ia bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw agar menyambut peristiwa ini dengan menunaikan solat sunat dan banyakkan bersedekah.Kepada yang pertama kali melakukan ritual itu ia agak berbeza sedikit. Solat sunat dua rakaat itu mempunyai empat kali rukuk iaitu rukuk dua kali setiap rakaat dengan bacaan Al-Fatihah.
Gerhana matahari merupakan satu fenomena membabitkan matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi.
Secara umumnya, gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam kedudukan sebaris dengan bulan terletak di tengah-tengah antara matahari dan bumi.
Ketika ini, cahaya matahari terhalang sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan.
Oleh itu, kawasan gelap di bumi ketika berlakunya gerhana matahari, sebenarnya adalah laluan bayang-bayang bulan

Friday, January 23, 2009

Ma'al Hijrah & Derma Palestin


Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 3 persekolahan.Masa berlalu begitu pantas sehingga sukar nak cari masa senggang untuk menulis blog.Hanya mampu melihat sahaja.Mood untuk menulis hilang dilanda badai kesibukan tugas.Banyak peristiwa penting yang berlaku tak sempat dipaparkan di sini.Baru hari ni digagahi untuk menulis.Kebetulan pula baru sahaja selesai menyelaraskan program Ma'al Hijrah & Derma Palestin.Alhamdulillah program tersebut berjalan lancar.Sekolah saya hanya menjemput penceramah tempatan sahaja iaitu Ustaz Huslizan dari Sekolah Arab Khairiah Segamat.


Sebelum itu seorang guru sekolah saya En Kamarulhairi (opsyen BM) telah berpindah ke sekolah berhampiran akibat lebihan guru opsyen B.Melayu di sini.Saya dengar di sekolah lain pun mengalami masalah yang sama.Bila seorang guru keluar maka kerja guru yang lain terpaksa ditambah bagi menampung kekurangan itu sama ada bilangan waktu mengajar atau pun tugas pentadbiran.

Saturday, January 3, 2009

Selamat Belajar & Mengajar!

Esok bermulalah hari persekolahan.Tentunya semua pihak sama ada guru,murid dan ibubapa sudah tidak sabar-sabar menanti hari pertama persekolahan.Tentunya aksi yang dinantikan ialah keletah murid tahun satu.Bagaimana mereka memasuki alam baru dari pra sekolah ke tahun satu.Mungkin ada yang menangis atau seronok dan sebagainya.Guru kelas tahun satu kenalah pandai memainkan peranannya.Sebab tu guru kelas tahun satu dipilih dari kalangan mereka yang sudah lama mengajar dan biasanya guru perempuan yang menjadi keutamaan.Selain itu pihak sekolah juga kena bersiap sedia pada hari pertama kerana pihak PPD akan datang memantau perjalanan setiap sekolah di hari pertama persekolahan.Kalau hari pertama kelam kabut,maknanya pihak sekolah masih tidak bersedia memulakan sesi pembelajaran.Saya percaya perkara ini merupakan satu rutin yang biasa dilalui oleh semua guru dan semuanya sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan pada hari pertama persekolahan nanti.Selamat Belajar & Mengajar!

Friday, January 2, 2009

Yuran Sekolah..

Pagi tadi sekolah saya mengadakan jualan buku bagi ibubapa membuat persiapan pembelajaran murid bila buka sekolah minggu depanPelbagai pembelian dibuat oleh ibubapa khususnya buku-buku tulis,tali leher,sumbangan PIBG dan lain-lain.Kali ini yuran sekolah tidak disertakan dalam kertas yang diedarkan kepada ibubapa.Pihak KPM belum memberi lampu hijau untuk mengutip yuran sekolah.Dengarnya ia akan dimaklumkan selepas pemilihan pemimpin UMNO nanti.Maklumlah menteri kita bertanding jawatan besar tahun ini.Wallahu'alam.

Thursday, January 1, 2009

Amalan Mencari yang Hilang

Antara amalan membawa pulang individu hilang :

1) Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas.Pada ayat keempat yang bermaksud : Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan hanya Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan,terus berdoa dalam hati agar pulangkan anak.
2) Membaca 40 kali surah al-Ikhlas sehari dengan setiap satu ayat senafas.Pada ayat kedua : hanya Allah tempat meminta-terus lintaskan dalam hati nama anak.
3) Solat hajat
4) Baca surah Toha dari ayat satu hingga enam

~sumber Harian Metro Rabu 31 Disember 08

Palestin Oh Palestin!




Di saat ini orang Islam di Semenanjung Gaza,Palestin sedang gawat bertarung nyawa mempertahankan diri dari serangan Israel.Tahun baru 1430H/2009 disambut dengan peluru dan roket Israel.Saya tak dapat membayangkan jika berada dalam situasi demikian.Untuk ulasan lanjut boleh lihat di sini.