Wednesday, March 18, 2009

PTK

Terlerai sudah segala beban yang terpikul di kepala ini sebaik sahaja selesai menjalani ujian PTK sebentar tadi.Secara keseluruhannya soalan yang dikemukakan tidak terlalu payah dan memeningkan.Cuma nak cari jawapan yang pening sikit.Mudah-mudahan ada rezeki dapat tahap 4 walaupun kali pertama ambil periksa ini.Peperiksaan ini bagi menentukan kenaikan pangkat dan anjakan gaji bagi kakitangan kerajaan.

Sunday, March 15, 2009

Moga Cepat Sembuh!

Seorang rakan setugas Cikgu Rosnah baru-baru ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan di leher beliau.Mudah-mudahan sakitnya cepat pulih.Dalam kesakitan sempat lagi beliau membalas sms saya.."Tq for u'r memorise.Glad to get u'r praying.But now I'm so pain especially at my head!Thank Allah I'm save!

Wednesday, March 11, 2009

PPSMI : RAKYAT MEMBANTAH!



Gerakan Mansuh PPSMI sampai ke kemuncak bila rakyat Malaysia berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorendum bantahan kepada Yang Dipertuan Agong.Turut kelihatan Sasterawan Negara menyertai demo tersebut

IHTIFAL PEND ISLAM:SKPAP JUARA!

Inilah barisan pejuang SKPAP.SKPAP juara dalam tilawah lelaki & perempuan,bercerita lelaki,berzanji lelaki,hafazan lelaki dan kuiz.

Pagi tadi diadakan Ihtifal Pendidikan Islam peringkat Zon Tenang di sekolah saya.Alhamdulillah walaupun ini kali pertama memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah,Skpap berjaya dinobatkan juara keseluruhan ihtifal kali ini.Segala penat lelah menganjurkan ihtifal ini disamping melatih murid akhirnya membuahkan hasil dan berbayar jua.Acara yang dipertandingkan ialah tilawah Al-Quran,bercerita kisah nabi,berzanji,merencana jawi,khat,hafazan dan kuiz.Ustaz Amran selaku orang lama bagi ihtifal ini mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini dan berjaya mengambil kesempatan sebagai tuan rumah untuk muncul juara.
Antara tenaga penting ihtifal.Yg bertudung biru ialah PGB KoKo merangkap setiausaha ihtifal.Dengarnya dia tidur 2-3 pagi untuk membuat persiapan ihtifal ini