Tuesday, April 28, 2009

Pertandingan Membaca Rumi & Jawi serta Azan



Pagi tadi saya menjadi pengadil bagi pertandingan membaca rumi untuk tadika kemas,membaca jawi dan azan bagi sekolah rendah anjuran Pusat Sumber Pekan Air Panas.Melihat telatah murid-murid di usia yang mentah ini amat menghiburkan hati.Dapat merehatkan minda lari dari kesibukan tugas mengajar.Selepas selesai pertandingan saya cuba menyelesaikan hal peribadi dengan rakan sekerja.Ragam dan tingkah laku manusia memang sukar dibaca.Kadang-kadang ia tak seperti yang kita fikirkan menyebabkan kita salah tanggap terhadap seseorang.Namun penyelesaiannya bukanlah dengan cara memberitahu orang ketiga kerana ia boleh menyebabkan kita terjerumus dalam perbuatan mengumpat.Adalah baik kita bersemuka dan berterus terang dengan orang yang bermasalah dengan kita.Itulah yang saya cuba lakukan dan hasilnya sangat baik.Lantas memberikan ketenangan dan menjawab persoalan yang sering bermain-main di benak fikiran ini.

MENGUMPAT / GHIBAH

MENGUMPAT / GHIBAH
1. Mukaddimah
Tajuk diatas merupakan suatu tajuk yang kurang senang untuk didengari kerana ianya suatu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian; malah ada ketikanya menjadi kegemaran pula. Renungan yang dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah. Ianya adalah bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah menampakkan keaiban serta keburukan Si pencerita.
Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya :
Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:
Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)

Sunday, April 26, 2009

Cuba Mengenali Rakan Sekerja


Saya kadang-kadang keliru dengan sikap rakan-rakan sekerja dan kerap tersalah anggap.Rupanya banyak lagi sikap dan latar belakang mereka yang saya tidak ketahui.Saya diberitahu oleh kak Fasiha tentang satu kaedah metafizik menggunakan kiraan tarikh lahir seseorang yang boleh membantu untuk mengenali diri rakan kita.Lalu saya minta dia buat kiraan untuk rakan sekerja saya iaitu :
1) PGB 1
1/5/1967
root no - 2 (sifat air) saling menyokong dgn root 6(no root saya), byk perkara dia menang. apapun tak jadi hal.

156
sesuai utk buat site income

145
Anugerah kesihatan yg baik, potensi penyakit kurang. Kesihatan yg lbh baik berbanding org lain yg seusia.

279
memilikki daya penarik tersendiri

696
sesuai utk mjlnkan perniagaan kerana mudah mendapat untung, mgkn juga dia menggunakan sebaiknya kelebihan no 279

Potensi penyakit: hati, sendi, tulang, mata
2) PGB 2
23/3/1967
root no 4 (sifat kayu), org yg root 6 (mcm saya) kdgkala tak berapa nak masyuuk dgn root ini apatah lagi sifat dlmn dia juga 4. Tapi dia bukan musuh, tapi tu..la kena buat correction ada tolak ansurnya.

246
bijak berpidato/berceramah

339
Berjaga-jaga dengan aliran kewangan kerana agak boros/cenderung berbelanja lbh

38
Boleh diharap kerana menjadi penggerak bg sesuatu aktiviti/kerja

Potensi penyakit: pernafasan, kulit, usus besar, buah pinggang, pundi kencing
3) PGB 3
12/1/1975
root no 8 (sifat api) ngam dengan root saya??

no-no dlm kiraan tarikh ini agak unik sbb sama belah kiri dan kanan. apapun ini sdkt penerangan :

375
Biasa terdapat pada org kenamaan, atau berpangkat dlm kerjayanya.
Situasi org yg berada diatas ia cenderung kepada sifat mensabotaj dan ada masa dia juga akan disabotaj/di halang @ terhalang dlm urusan kerjanya.
(kalau dia rakan baik cikgu, kena selalu bagi sokongan moral)

336
Ada sifat boros
potensi penyakit: pernafasan, kulit, usus besar, buah pinggang, pundi kencing, perut dan sekitar

Wallahu'alam.ada yang betul dan ada yang tak pasti tentang hasil kiraan ni...

Saturday, April 25, 2009

Transformasi Eli?



Apakah rahsia pertemuan Eli dengan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini?Kebetulan beliau bertemu Tuan Guru sebelum berangkat menunaikan umrah.Adakah beliau meminta Tuan Guru mendoakan kesejahteraan diri beliau yang sedang dilanda kontroversi di depan kaabah??!

Friday, April 24, 2009

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

Baru sebentar tadi saya menjalani kursus sehari di sekolah bergabung dengan SK Sawah Bahru. Setiap guru dalam setahun perlu ada 7 kali kursus dalam perkhidmatan.Ada 3 lagi kursus seumpama ini dirancang.Tadi kursus berkaitan cara penyediaan Kajian Tindakan yang disampaikan oleh Cikgu Ainiah dari SMK Maokil.Tahun ini JPNJ mengarahkan seorang guru perlu ada satu kajian tindakan.Semasa sesi bengkel saya satu kumpulan dengan abang Abu Bakar,Kak Noratiqah dan Kak Nor Hayati.Pastinya orang yang banyak idea Kak Yati la.Kami pilih kajian tindakan beliau iaitu Permasalahan membezakan perkara yang membatalkan wuduk dan puasa menggunakan kaedah permainan labah-labah.Seronoknya juga dapat berkongsi idea begini.Kalau buat seorang diri alamat syok sendiri la.

Sunday, April 19, 2009

Pameran Buku Antarabangsa


Amalan pemberian hadiah mahal sempena hari jadi anak yang menjadi ikutan masyarakat moden perlu diubah kepada pemberian hadiah buku sebagai pendorong untuk mereka menggemari buku sejak kecil.
rujuk link ini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090419023721/Article/

Taklimat PPSMI

Jumaat lalu dapat kerja baru semasa hadir di taklimat PPSMI.Kena buat laporan PPSMI.Guru data lagi kena buat.Banyaknya kerja.Begitulah rungutan kalangan jemaah guru data.Belum sudah audit nilai dah dapat kerja baru.Hj Sazali orang PPD lantas memahami apa yang bermain di benak fikiran khalayak guru data segera memujuk dengan nasihat berikut yang perlu difikir-fikirkan:
1) Jangan sentiasa beritahu orang lain yang kita banyak kerja.
2)Jangan fikir banyak kerja sebab takde sape yang suruh kita cari kerja.
3)Walaupun kita banyak kerja,jangan sesekali abai tugas utama kita iaitu P&P.Masuklah kelas walaupun sekejap.Ajarlah anak murid kita kerana itu tugas asas kita.

Kemas Rumah.

Baru hari ni ada kesempatan kemas rumah setelah beberapa hari lalu bagaikan tongkang pecah akibat proses renovate.Penat juga kemas sorang-sorang ni,tapi syukur dapat laksa dari kak Yati jiran saya.Laksa Kedah dia memang tak terkata enaknya..dah lama tak rasa masakannya sejak dia sibuk jadi PGB Koko sampai nak bercakap dengan saya pun tak sempat..Sebelum ni dia sering kirim lauk pauk yang enak-enak kepada saya.Maklumlah malas nak masak bila duduk sorang-sorang.Antara yang menjadi kegemaran saya ialah masak asam pedas.Dulu memang saya tak suka asam pedas.tapi sejak makan masakan dia,terus jatuh cinta...Sejak akhir-akhir ni dia sering sakit-sakit.Kesian kat dia.Sakit tulang belakang dia masih tak jumpa penawarnya. Dengar kata ada keretakkan di bahagian tulang belakangnya akibat jatuh semasa muda-muda dulu.Kadang-kadang dia datang sekolah nampak berbaring di bilik sekolah dan saya pernah dengar dia menangis kerana menahan kesakitan.Aduhai!Andai boleh ganti sakit tu kepada saya,saya rela...demi kak Yati...

Thursday, April 16, 2009

Selamat hari Lahir!

Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi seorang kawan saya yang agak terkenal iaitu Mohd Yazid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.Beliau kini semakin dikenali menerusi beberapa buah novel yang mendapat perhatian para pengkritik dan peminat sastera.Selamat Hari Lahir!Moga selepas ini lahir banyak lagi karya yang meletup di pasaran.

Saturday, April 11, 2009

Maulidur Rasul SKPAP


Hari ni baru habis program Maulidur Rasul sekolah saya.Rasanya bebanan yang terpikul di bahu ini telah berkurang sebanyak 80 peratus.Minggu ini sahaja 2 program besar sudah dilaksanakan iaitu Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agong PIBG.Sebagai penyelaras program memanglah meletihkan walaupun turut dibantu rakan yang lain.Inilah kali pertama saya kendalikan program sepenuhnya.Sebelum ini Ustazah Nor Hayati yang kini menjadi PGB KOKO.Tentunya ada kekurangan di sana sini namun majlis tadi berjalan lancar.Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu melancarkan program ini lebih-lebih lagi Ustazah Nor Hayati yang membimbing saya dulu sehingga saya boleh berdikari sekarang.Mungkin dia terasa hati kali ini kerana saya tidak banyak merujuk kepadanya sehingga terkeluar kata-kata "dia tak minta tolong pun dengan kita"..Ceramah kali ni disampaikan oleh Ustaz Abd Hamid,Guru Besar Sekolah Agama Felda Chempelak.Rupa-rupanya dia ada hubungan keluarga dari sebelah ayah saya.Antara mutiara yang sempat saya kutip ialah lirik nasyid selawat yang didendangkan dalam ceramah beliau..
Dimulai dengan selawat ke atas nabi..
Sayang-sayang orang tua tak sembahyang,
nabi Adam juga tua pun sembahyang

Sayang-sayang orang muda tak sembahyang,
Saidina Ali 10 tahun sudah sembahyang

Sayang-sayang orang kaya tak sembahyang
Nabi Sulaiman lagi kaya pun sembahyang

Sayang-sayang orang miskin tak sembahyang,
Nabi Isa lagi miskin pun sembahyang

Sayang-sayang orang handsome tak sembahyang,
Nabi Yusof lagi handsome pun sembahyang

Sayang-sayang orang cantik tak sembahyang,
Saidatina Fatimah juga cantik pun sembahyang

Sayang-sayang orang sihat tak sembahyang,
Nabi Muhammad juga sihat pun sembahyang

Sayang-sayang orang sakit tak sembahyang
Nabi Ayub juga sakit pun sembahyang

Lagu nasyid ini boleh diubah suai mengikut citarasa pembaca

Sunday, April 5, 2009

Ihtifal Pendidikan Islam Peringkat Daerah

Sabtu lalu diadakan Ihtifal Pendidikan Islam Peringkat Daerah yang diadakan di SK KG Jawa.Alhamdulillah,walaupun SKPAP tidak menjadi juara dalam kategori yang dipertandingkan,kedudukan tempat kedua dan ketiga berjaya diraih.Murid tersebut adalah adik Mohd Syahiran yang berjaya mendapat tempat kedua dalam bahagian tilawah dan bercerita kisah nabi.Tempat ketiga adalah adik Siti Amelia dalam bahagian tilawah dan adik Mohd Azfar dalam bahagian hafazan.Sementara kuiz pula berjaya mendapat kedudukan kedua.Insya Allah tahun depan akan menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang lagi

Wednesday, April 1, 2009

Minggu yang menyesakkan

Beberapa hari ini terasa dunia begitu sempit.tak tahu la kenapa perasaan ini datang.Mungkin bebanan tugas yang semakin hari semakin bertambah.belum habis yang lama datang yang baru.Kira-kiranya ada beberapa tugasan yang tersenarai antaranya :

1) Latihan Ihtifal Pendidikan Islam Peringkat daerah
2) Mesyuarat Agong PIBG
3) Menanda kertas peperiksaan
4) Maulidur Rasul
5) Audit Nilai
6) Data Emis
7) Selenggara makmal Komputer