Friday, February 27, 2009

KEHIDUPAN PRIVASI KITA TIDAK SELAMAT?


YB Elizabeth menjadi mangsa pihak yg tidak bertanggungjawab baru-baru ini

Nampaknya perbuatan menceroboh privasi individu kini menjadi trend di Negara Islam Hadhari sehingga Ketua Polis Negara menasihatkan orang ramai berwaspada agar tidak menjadi mangsa dengan ada teknologi seperti telefon bimbit berkamera .Manakala Sultan Selangor sendiri melahirkan kebimbangan dan dukacita berikutan perbuatan menceroboh hak peribadi untuk menjatuhkan seseorang sejak akhir-akhir ini

KURSUS ICT EDUWEB TV


Salah seorang peserta kursus sedang membuat presentation

Selama 2 hari dari 25 hb hingga 26 hb Feb saya dikursuskan bagi mengendalikan web pendidikan EduWeb tv.Menarik juga.Kalau dulu tv pendidikan sukar untuk diikuti kerana masa yang tidak sesuai tapi sekarang kita boleh mengikutinya dengan melayari laman web eduwebtv.com Macam-macam ada..Guru pula boleh menjadikan video klip tersebut sebagai bahan p&p mereka

KEJOHANAN OLAHRAGA SKPAP KALI KE 24 MELABUHKAN TIRAI





Rumah Suria & Samudera bersaing hebat

Untuk kali kedua berturut-turut saya tidak dapat mengikuti sukan sekolah saya.Kali pertama semasa saya ditimpa kemalangan.Kali ini saya terpaksa menghadiri satu kursus ICT.Tak dapatlah saya merasai kehangatan sukan bersama anak buah saya dari rumah samudera.Tak mengapalah anak-anak muridku,walaupun rumah kita kalah dengan perbezaan 2 mata sahaja kita tetap hebat!Johan keseluruhan adalah rumah suria dan tempat kedua adalah rumah samudera.Olahragawan dan Olahragawati adalah pasangan adik beradik Mohd Syamil Adha dan Nurul Izzah Farahin
Aksi menarik dari Syamil -Olahragawan

Monday, February 16, 2009

PGB Kokurikulum:Lepasi Ujian Awal

PGB KoKurikulum nampak ceria dalam kepenatan

Sabtu lepas sekolah saya mengadakan Sukantara dan merentas desa sekaligus.Erm.. nampak macam tak sesuai dan berat,tapi akhirnya program tu berjalan seperti yang dirancangkan.Lagi pun murid sekolah saya tak ramai mana,sekitar 137 orang.Program tu bermula dengan sukantara,rehat 30 minit dan terus merentas desa.Kali ini sukan akan dibuat bergabung dengan sekolah cina yang berjiran dengan sekolah saya.Nampaknya PGB Kokurikulum saya yang baru ni berjaya melepasi ujian awal dalam tugasannya.


Murid-murid saya ni bukan tahu penat.Nampak ghairah sakan nak merentas desa

Wednesday, February 11, 2009

SKPAP mula dengan bergaya



Perjalanan kalendar sekolah di Segamat ini dimulai dengan aktiviti sukan.Skpap menyertai beberapa kejohanan sukan peringkat MSSK Labis dengan permulaan yang baik dan bergaya.Terdapat acara yang disertai membuahkan hasil antaranya johan dalam acara badminton dan lompat jauh perempuan,tempat ketiga acara bola jaring dan lompat tinggi lelaki. Sekalung tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus menyertai acara tersebut.Mereka yang gagal,jangan putus asa.Anggaplah ia permulaan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa depan.

Perak:Antara MB halal & MB haram


Antara Zambry & Nizar,siapa yang menjadi pilihan rakyat?


Perak kini dalam kemelut politik setelah berlaku peralihan kuasa melalui 'jalan belakang' baru-baru ini.Kini di sana ada 2 Menteri Besar.Satu dipanggil (dengan izin) MB halal dan satu lagi MB haram.Satu istilah yang diguna pakai bagi membezakan MB yang sepatutnya berkuasa dan diiktiraf rakyat.