Friday, October 31, 2008

PGB Ko Kurikulum Baru



Pagi tadi diadakan mesyuarat guru untuk membincangkan tentang persiapan Hari Anugerah.Perkara yang paling menarik dalam mesyuarat itu ialah pengumuman yang dinantikan selama ini tentang pengganti PGB kokurikulum yang baru.Memang sebelum ini dah ada cakap-cakap yang tak rasmi tapi hari ini PGB pentadbiran Cikgu Mohd Din membuat pengumuman secara rasmi bahawa pengganti PGB kokurikulum yang baru ialah Ustazah Nor Hayati Mohd Hasan.Oleh kerana hari persekolahan hampir sampai ke penghujungnya,maka perlantikan beliau sebagai PGB kokurikulum berkuatkuasa pada sesi persekolahan tahun depan 2009.Rezeki akak murah tahun ini.Baru tamat pengajian peringkat sarjana muda dah ada orang melamar.Nampak gayanya cuti ini terpaksalah akak belajar memandu kereta....
Siti Norlaila PGB KoKurikulum yang lama telah berpindah ke SK Sawah Bahru

Thursday, October 30, 2008

Menjelang cuti akhir tahun


2 minggu lagi sekolah akan bercuti akhir tahun.Maka banyaklah program yang sedang menunggu untuk diselesaikan sebelum cuti ini.Antara program tersebut ialah Hari Anugerah dan kecemerlangan murid.Program ini dirancang akan berlangsung pada 13 Nov nanti tapi sekolah agama akan membuat peperiksaan akhir tahun bagi tahun 6 pada minggu tersebut maka program tersebut terpaksa dianjak ke tarikh 7 Nov pada minggu depan.Banyak persiapan yang tidak dibuat lagi.Urusan membeli hadiah,senarai murid yang mendapat hadiah dan lain-lain lagi. Mungkin kali ini tiada persembahan murid kerana guru semuanya sibuk membuat analisis item peperiksaan.Penyelaras program ini pula jatuh sakit dan terpaksa digantikan dengan guru lain.saya tak tahu lah ia satu kebetulan atau tidak perasan yang tarikh program tersebut sama dengan tarikh rombongan sekolah pergi lawatan ke kelantan.Kalau ini berlaku maka tidak ramai murid dan guru yang dapat hadir di program tersebut kerana pergi lawatan itu.Lawatan itu tentulah tidak boleh dianjak tarikhnya.Tak tahu lah apa yang berlaku Hari Anugerah tahun ini.

Tuesday, October 28, 2008

Bengkel Data SBT



Hari ni saya menghadiri bengkel pengisian data skim baucher tuisyen sekolah rendah di Pusat Kegiatan Guru Buluh Kasap.Kena masukkan data kehadiran dan prestasi murid tahun 4 & 5 yang terpilih untuk mengikuti skim ini dan dihantar kepada PPD pada hari ini juga.Prosesnya tidak sesusah mana jika datanya sudah ada.Ia akan jadi susah bila data yang dikehendaki tiada dalam simpanan.Jadi nak hantar apa kepada PPD?Ini yang terjadi kepada saya bila data peperiksaan akhir tahun belum siap lagi kerana tarikh peperiksaan dan pengisian data terlalu dekat.Jadi bila saya tiba di tempat bengkel memang PPD nak hantar data prestasi akhir tahun sahaja bukan data setengah tahun.Terpaksa lah saya telefon sekolah untuk meminta data tersebut dan guru-guru yang mengajar kelas SBT ini menghantar data itu melalui sms sahaja.Alhamdulillah sekolah saya murid yang terlibat tidak ramai cuma tahun 4 - 8 orang dan tahun 5 pun 8 orang.Akhirnya data yang dikehendaki dapat dihantar pada masa itu juga.

Monday, October 27, 2008

Aidilfitri Di Kg Linau,Batu Pahat




Perjalanan saya di bulan Syawal ni sampai ke penghujungnya.Rumah terakhir yang saya jengah ialah sahabat lama syeikh Norazam
.
Beliau tinggal di rumah warisan keluarga di Kg Linau Kecil,Bukit Pasir,Batu Pahat.Sekarang bertugas di Sekolah Menengah Agama(Arab) Attarbiah Al-Islamiah Limpoon,Batu Pahat.

Selamat Berjuang Bro..




Cuti sempena deepavali ni sempat saya menjengah rakan-rakan di Yong Peng.Dah lama tak jumpa mereka banyak cerita yang tertinggal.Salah seorangnya saudara Jamaluddin.Dia satu sekolah masa di SMKAS dulu.Alim orangnya.Berita terbaru,dia sambung belajar PHD di Wales,UK.Katanya 4 tahun di sana.Sempat juga saya ziarah dia sebelum berangkat ke KLIA

Friday, October 24, 2008

Fikrah Ilmu & Majlis Aidilfitri GPI



Pagi ni saya sempat menghadiri Majlis Fikrah Ilmu dan Aidilfitri bagi warga guru pendidikan Islam Daerah Segamat.Ini kali ke 2 diadakan sambutan aidilfitri GPI.Untuk kali ini ditambah slot fikrah Ilmu iaitu ceramah yang disampaikan oleh ustaz Hanafi dari SMK Tun Mamat,Tangkak. Secara keseluruhannya kehadiran guru hampir 50 %.Guru yang tidak hadir ini disebabkan mereka terlibat dengan penandaan kertas PMR dan kursus

Rumah Terbuka Zaid Akhtar





Tak sangka hari ni dapat jemputan ke rumah terbuka penulis muda yang sedang meningkat naik namanya,Zaid Akhtar..Majlis bermula selepas maghrib.jadi saya cuba datang awal supaya dapat berbual dan mengenali lebih dekat dengan beliau.Alhamdulillah,rupanya saya tetamu paling awal datang ke majlis tersebut.Memang saya dah lama nak berjumpa beliau,tapi tak pernah kesampaian.Novel-novel beliau pun dah banyak yang saya baca....Novel pertamanya sesegar nailofar.


sempat melayan kerenah anaknya Nailofar dan Irfan yang peramah dan keletah

Thursday, October 23, 2008

giliran guru pula

hari ni baru sahaja habis periksa akhir tahun.kini giliran guru pula untuk memeriksa..bukan periksa.masa guru pula untuk berperang dengan kertas jawapan murid-murid.kertas jawapan murid perlu disiapkan segera..kalau tak cuti deepavali ni tak bercuti le...asyik mengadap kertas jawapan

Thursday, October 16, 2008

Menjelang peperiksaan akhir tahun





Peperiksaan akhir tahun bakal menjelma tidak lama lagi.Bermula minggu depan.Guru-guru sekolahku sibuk membuat ulangkaji bagi menyiapkan diri murid-muridnya untuk menghadapi peperiksaan tersebut.Bagi subjek kemahiran hidup,walaupun ia bukan subjek teras,namun ulangkaji pelajaran tetap dibuat supaya keputusan peperiksaan keseluruhan tidak menurun secara mendadak. Murid-murid sekolah rendah faham saja lah bukannya nak baca di rumah.Hanya mengharapkan pengajaran di sekolah.




Wednesday, October 15, 2008

Jamuan raya pengakap




hari ini seperti dijanjikan pasukan pengakap sekolah mengadakan jamuan Aidilfitri.Walaupun sambutannya sederhana sahaja namun ia tetap meriah..







antara tenaga penting yang menjayakan majlis ini

kejadian para normal

hari ini satu kejadian pelik telah berlaku di sekolah.kasut seorang nurse yang datang ke sekolah saya telah hilang semasa beliau memberikan ceramah tentang kesihatan gigi..Beliau telah meletakkan kasut tersebut di luar pintu perpustakaan.Puas dicari merata sekolah.Habis semua warga sekolah dikerah mencari sepasang kasut itu.Setiap murid diperiksa seorang demi seorang untuk melihat kasut yang mereka pakai.takut tersilap ambil.Namun tidak jumpa juga.Akhirnya seorang guru wanita telah menjumpai kasut tersebut di belakang pintu bilik air guru lelaki yang bersebelahan dengan perpustakaan.Sebelum masuk bilik air itu,beliau mengomel sendirian "entah-entah hantu kot yang sembunyikan kasut nurse tu".Sekonyong-konyong beliau habis ngomelannya,beliau terus ternampak kasut itu di balik pintu

Tuesday, October 14, 2008

Salam Aidilfitri

Bahang Aidilfitri masih terasa lagi walaupun sudah 13 hari berlalu.Tidak ketinggalan sekolahku. Esok akan diadakan sambutan Aidilfitri untuk kumpulan pengakap.Menunya ialah mee hoon sup.Manakala murid-murid dikehendaki membawa kuih-muih dari rumah...salam Aidilfitri buat warga SKPAP