Monday, July 20, 2009

Takaful Ikhlas


Alhamdulillah syukur ringan sikit beban kami sekeluarga..mungkin itulah kata yang diungkapkan kepada seorang agen takaful yang sedang menyerahkan cek.Pengalaman mengajar saya agar menyediakan tabung kewangan untuk kos perubatan.Cara yang terbaik ialah dengan menyertai skim yang diperkenalkan melalui takaful ikhlas.Dulu saya tidak nampak kebaikannya,namun bila kemalangan menimpa saya setahun yang lalu barulah saya sedar akan kebaikannya bila sesuatu rawatan perubatan memerlukan kos kewangan yang tinggi.

Kasih


Kasihku padanya bagaikan papan tanda kedai kek Kaseh yang setia menanti pelanggan menjengahnya

Jelajah Ilmu


Baru-baru ini saya menerima jemputan dari seorang rakan untuk mengikuti satu program Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Rumah Anak Yatim di Selangor.Tak sangka di majlis itu saya dapat bertemu Exco Selangor YB Dr Halimah dan Us. Nik Abduh anak kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.Seronok mendengar celoteh YB Exco yang memberi banyak maklumat tentang Kerajaan Selangor dan juga Tazkirah dari Ustaz Nik Abduh yang membawa surah Dhuha yang sungguh mengesan hati nurani pendengar.

Bang kain ini bagus bangat.Beli satu bang!

Selesai majlis itu saya dibawa membeli belah di beberapa pasar raya yang terkenal di ibu kota.Akhir sekali saya dibawa mendengar kisah menarik perjalanan seorang wanita yang hebat dalam bidang keusahawanan.Beliau memulakan perjalanan hidupnya dalam bidang ini dengan penuh getir dan akhirnya dalam masa yang singkat,tidak sampai 2 tahun telah berjaya mendapat anugerah agen baru terbaik dan agen terbaik.Seterusnya berjaya mendapat tiket melancong ke beberapa buah negara seperti Bandung,Indonesia dan Mekah.

Masih ada Insan berhati Mulia


Perempuan buta itu yang membawa barang dalam beg besar

Menjelajah ke Ibu Negara Kuala Lumpur rupanya memeningkan kepala lebih-lebih lagi melihat kesesakan lalu lintas.Dulu saya banyak membaca kisah kehidupan di kota metropolitan ini yang sangat mencabar dan rencam.Ada yang baik..ada yang buruk..tapi kali ini saya lihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana 2 orang anak muda perempuan yang mempunyai hati yang murni cuba menolong seorang wanita buta yang tercari-cari untuk menaiki teksi.Tentu 2 anak muda perempuan ini melakukan perkara tersebut dengan ikhlas dan tanpa disuruh di tengah-tengah kesibukan orang lalu lalang untuk membeli belah.Saya hanya mampu memerhatikan tanpa dapat melakukan sesuatu mungkin kerana tergamam..aduh sedihnya...

Sediakan payung sebelum hujan

Pengalaman mengajar segala..Baru ni saya terjebak dalam satu kejadian kereta tayar pancit akibat terkena gasing..inilah kali pertama saya terpaksa menjadi hero untuk menggantikan tayar kereta yang pancit.Beberapa perkara yang dipelajari semasa kejadian ini ialah
1) jangan panik apabila tayar anda pancit
2) ketepikan kereta anda di tempat yang sesuai di bahu jalan
3) cari buku panduan cara penggunaan alat penukar tayar (bagi pengguna kali pertama)
4) Pastikan alat penukar tayar ada di belakang tempat simpan barang.Ini dilakukan sebelum memulakan perjalanan.
5) Ambil peralatan tukar tayar iaitu tayar simpanan,alat penaik badan kereta dan pembuka skru tayar.
6) Mulakan dengan menaikkan badan kereta di mana tayar pancit berada.
7) Buka skru tayar.Anda terpaksa memijak dengan kaki untuk membuka skru tersebut.
8) Gantikan dengan tayar simpanan dan masukkan skru di tempatnya
9) Turunkan badan kereta ke tanah
10) Ketatkan skru tayar tadi
Selamat mencuba!

Tuesday, July 14, 2009

Saga + Vios




Tetiba fikiran ini melayang memikirkan andaikata kereta saga keluaran terbaru proton itu digandingkan atau dicantumkan atau dikahwinkan dengan toyota vios apa akan jadi seterusnya...tentu ia menjadi satu keluaran kereta terbaik dunia....Saga + Vios = Savos