Tuesday, December 30, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430

Peristiwa-peristiwa penting di bulan Muharam
Oleh Isu_Malaysia"

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz. -Allah menjadikan alam. -Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.
Dipetik dari laman tranungkite

Monday, December 29, 2008

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Baru sebentar tadi sekolah saya mengadakan mesyuarat kali pertama.Banyak agenda yang dibincangkan.Tentu sahaja yang paling ditunggu-tunggu ialah pengumuman jawatan yang dipegang dan subjek yang diajar.Ternyata banyak perubahan berlaku lebih-lebih lagi ustazah sekolah saya dilantik sebagai PGB Kokurikulum yang baru.Bila orang baru memegang sesuatu jawatan maka sudah tentu akan ada pemilihan ajk yang baru.Setiausaha sukan dilantik orang baru iaitu En Hamdan menggantikan En Kamarulhairi.Saya pula kena memegang Guru Data sekolah bagi menggantikan sahabat saya yang masih sakit.

Wednesday, December 24, 2008

Kerajaan Bizantium (Byzantium)

Ketika Kerajaan Rom mulai lemah pada abad ke 13,muncul Kerajaan Byzantium.Pada awalnya,wilayah Byzantium hanya bahagian timur Kerajaan Rom.Namun setelah Kerajaan Rom Barat runtuh pada 416 M wilayah Byzantium semakin luas.Di bawah Maharaja Justiman 1, Byzantium menawan kembali wilayah Kerajaan Rom Lama.
Namun kemudian Byzantium sering kali diserang pada 642 M,kaum Arab Islam menyerang wilayah kekuasaan Byzantium di Afrika Utara dan Timur Tengah.Akhirnya sejak abad ke 12 kerajaan itu semakin lemah.Lama kelamaan Byzantium kehilangan kuasa di Asia Kecil (Turki) dan Eropah Tenggara.Bahkan pada 1350 wilayahnya sudah berpecah.Akhirnya pada 1453 pasukan Uthmaniah menakluki Constantinople lalu menjadi ibu kota Kerajaan Islam.
Kejatuhan kota itu memudahkan pasukan Uthmaniah menawan wilayah Byzantium yang lainnya.Sejak itu berakhirlah Kerajaan Byzantium.~ sumber Majalah I Okt 2006~

Tuesday, December 23, 2008

Kemas Meja

Pagi tadi pergi sekolah sekejap dengan niat nak kemas barang kat atas meja dan almari.dah lama tak kemas.Ingatkan mudah kerja mengemas ni.Boleh siap dalam sejam dua.Rupanya bila diselongkar segala harta karun yang terperuk dalam almari tu,kepala jadi serabut.Tak tahu nak mula dari mana.Semua nampak sayang untuk dibuang.Inilah kelemahan saya..Jadi hari ni kemas ala kadar.Buang yang mana tidak penting dahulu.Esok lusa baru angkut semua.Bawa balik rumah dulu,baru boleh pilih mana yang kurang penting,penting dan boleh diguna pakai semula.Kalau buat kerja kat sekolah alamat tak siap la..

Kembali Ke Sekolah

Baru dapat call dari PGB pentadbiran sekolah ,esok dah mula jenguk2 sekolah.Buat la apa yang patut sebagai persiapan 2009.Dah lama cuti ni,otak jadi lembab sikit.Semangat belum bangkit.. Jom pi Sekolah

Monday, December 22, 2008

Jom layari Internet di ADN


Hari ini saya layari internet sepuasnya di Kedai Komputer ADN Minda,Labis.Pihak ADn bagi diskaun kepada mereka yang menjadi ahli di situ.Kalau biasa sejam bayarannya RM 2,kali ini saya melantak sampai 2 jam bayaran yang dikenakan RM 2 sahaja.Untuk mendapatkan kad keahlian dikenakan bayaran RM 5 setahun.Jom ke sana!

Saturday, December 20, 2008

Program Sastera Johor


Perpustakaan ini terletak bersebelahan Maktab Temenggung Ibrahim.Gambar sebelah 3 ahli panel sedang membedah karya novelis


Khalid Salleh sedang menghurai pembikinan Walinong Sari



Tak sangka saya dapat menghadiri Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2008 semalam, dikala Mawi sedang bernikah di masjid Sultan Abu Bakar.Itu pun atas jemputan Zaid Akhtar yang pergi kerana karyanya Justeru Impian Di Jaring dibicarakan.Program tersebut diadakan di Perpustakaan Sultan Ismail,JB.Di sana ada 3 karya yang dibicarakan iaitu Justeru Impian Di Jaring (Zaid Akhtar),Walinong Sari – Drama (Khalid Salleh) dan Pengorbanan-Antologi Cerpen (Penulis Muda Johor).Tak sia-sia saya pergi ke sana kerana dapat menimba ilmu baru dan bertemu figure yang hebat termasuklah pelakon terkenal Khalid Salleh.Dalam masa yang singkat itu sempat juga diperbahaskan isu PPSMI semasa sesi soal jawab sehingga keluar hujjah orang yang memperjuangkan PPSMI ini murtad dari bangsa Melayu!Selepas ini dengarnya program seumpama ini akan dibuat di Segamat



Zaid khusyk mendengar karyanya dibedah.Gambar sebelah Zaid menjawab persoalan tajuk novelnya kenapa 'Justeru'?


Khalid Salleh dan Zaid sedang menulis ungkapan untuk tatapan peminat di perpustakaan


Ungkapan Khalid : Tanpa kedaulatan bahasa apa makna kedaulatan bangsa?
Ungkapan Zaid : Hidup Islam,Lestari Bahasa Melayu!


Di tengah ialah novelis WRendra

Saturday, December 6, 2008

Wukuf di Arafah


Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka. Kehadiran kita di Arafah memberi arti dan nuansa akhirat dengan Mahsyarnya, sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu.
Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.
Wukuf artinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu dzuhur dan ashar.
Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)

KEJADIAN TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA


PEMANDANGAN dari udara lokasi kejadian.
Gambar dirakamkan oleh unit helikopter Polis
Diraja Malaysia


GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA




DUA blok bangunan Highland Tower yang
masih kekal tanpa dihuni selepas sebuah
blok runtuh pada Disember 1993.(Photo-Star online)

Friday, December 5, 2008

Genap setahun


Sebelum dan selepas bedah

Hari ni genaplah setahun saya ditimpa kemalangan yang menyebabkan kaki peha kiri saya patah dan terpaksa dimasukkan besi.Kemalangan tersebut berlaku di jalan kebun Kg Tuah,jalan shortcut ke sekolah saya.Alhamdulillah sekarang boleh berjalan seperti biasa walaupun belum 100 % pulih kerana masih tidak boleh berlari atau lompat lagi.

Kesan jahitan

Bermalam Di Kg Temalang


Minggu lepas saya sempat singgah bermalam di kampung bakal PGB KoKurikulum saya ustazah Nor Hayati.Ia terletak di Kampung Temalang,Kodiang,Kedah.Ayahnya mengajak saya melihat sawah bendangnya yang terletak lebih kurang 5 Km dari rumah


Anak Johaibi (Perlis). Di sebelah Mawar Merah Kg Temalang