Monday, November 24, 2008

Dedikasi buat Syeikh Ghani


Syeikh Ghani bertugas sebagai pendaftar di KIDU

Kembara saya kali ini menemukan senior saya yang sangat istimewa semasa sama-sama belajar dahulu Syeikh Ghani.Pertemuan ini sangat memberi kesan walaupun hanya dapat bertemu sebentar di stesen bas sebelum saya berangkat pulang.Mana tidaknya sudah 8 tahun saya rasa tidak bertemu dengan beliau.

Orang Utara memang peramah


Pengantin Maslia diapit oleh Farhey sekeluarga


Kak Ina sekarang bertugas sebagai pensyarah Insaniah

Kembara ke utara menemukan saya dengan rakan-rakan seperjuangan semasa belajar dulu.Di perlis saya dapat bertemu dengan Syeikh Farhey dan Johaibi sekeluarga.Mereka bertugas sebagai tenaga pengajar di sana.Mereka menjamu saya dengan makanan popular di sana iaitu pasembur.Farhey kata “sape yang makan pasembur perlis pasti nak mai lagi makan”.Sempat juga saya menghadiri kenduri kahwin Maslia @ Battul rakan chatting dalam internet.Setelah sekian lama hanya bertegur orangnya di ruang cyber akhirnya beliau menegur saya “Ini Siraj ke?”saya hanya mampu tersenyum simpul tanda mengiakan jawapannya.Saya doakan semoga beliau bersama suami tercinta berbahagia ke anak cucu.Harap-harap beliau menerima hadiah saya yang tak seberapa tu.Terima kasih kerana melayan kami bagai tetamu diRaja.Maklumlah nama saya sama dengan Sultan Perlis.Di Kedah pula saya bertemu dengan Syeikh Ghani,Kak Ina G dan Azki.kak Ina G belanja makan di Restoran Ayamas dengan menu yang hebat.Tak tercapai lah hasrat saya untuk makan masakan nasi ayam dan masakan arab kak Ina yang saya dengar sangat special!

Syeikh Azki sekarang bertugas sebagai pendaftar di Insaniah
Johaibi sekeluarga

Kembara ke Utara


Pemandangan sawah bendang (atas) dan ladang tebu jutawan gula Robert Kok

Kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan.Lari dari kesibukan kerja-kerja di sekolah saya mengembara sendirian ke utara tanahair negeri Perlis dan Kedah pada 22-23 Nov.Apa yang ingin saya lihat pemandangan sawah bendang yang menghijau.Sesuatu yang tak dapat dilihat di tempat saya.Pemandangan itu menyegarkan mata menenangkan fikiran
Masjid negeri tidak jauh dari istana

Tuesday, November 18, 2008

Ziarah Syeikh Hasbullah Ad Dumyati


Beliau duduk di tengah(gambar semasa di KISAS)

Tak sangka rupanya sudah 10 tahun saya tak bertemu dengan senior saya ketika di pusat pengajian dulu.Hari Isnin lalu akhirnya saya berpeluang bertemu dengan beliau Syeikh Hasbullah Ad Dumyati.Beliau berasal dari Besut,Terengganu.Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.Sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat PHD di UIA.
Beliau duduk di sebelah depan kanan sekali (semasa di Mesir)

Sunday, November 16, 2008

headcount yang mencabar minda

Semalam diadakan kursus headcount di sekolah saya.Tujuannya ialah untuk mensasarkan pencapaian murid bagi tahun hadapan 2009.Ertinya guru-guru sudah ada target untuk setiap murid bagi setiap subjek di tahun hadapan nanti.Bunyinya macam hebat..diharapkan realitinya begitulah.Walaupun tahun lepas guru-guru sudah diberikan panduan cara membuat headcount, namun disebabkan ianya dibuat sekali sahaja pada setiap hujung tahun sudah tentulah ada yang terlupa.Jadi bila dikumpulkan semua guru maka mudah untuk diberikan panduan dan terus dibuat headcount bagi setiap subjek guru tersebut.Caranya ialah :
1) Cari tahun terbaik keputusan UPSR atau akhir tahun dalam tempoh 3 tahun
2) Bagi mencari bilangan murid lulus (ETR tahun akan datang) : % lulus UPSR terbaik bahagi 100 darab bilangan murid (tahun akan datang)
3) bagi mencari bilangan murid A (ETR tahun akan datang) : % A UPSR terbaik bahagi 100 darab bilangan murid (tahun akan datang).Begitulah seterusnya untuk mencari bilangan murid B,C,D,E.
4) Selepas mendapat ETR murid,guru bolehlah meminda ETR tersebut berdasarkan realiti murid yang guru ajar dan membuat sasaran jika murid itu mendapat D (peperiksaan akhir tahun) disasarkan kepada D yang tinggi atau ke C.Jika murid itu mendapat C disasarkan ke B dan begitulah seterusnya.Maknanya guru ada target untuk setiap murid agar mereka mendapat keputusan yang lebih baik.

Sekali imbas memang mencabar minda.Namun akhirnya menjadi seronok pula..

Friday, November 14, 2008

Cuti Akhir Tahun


Guru-guru sedang melihat natijah UPSR


Maka bermula cuti akhir tahun 2008.Tentunya murid-murid yang paling gembira.Lebih-lebih lagi murid yang cemerlang dalam UPSR.Guru-guru yang membuat pelbagai janji yang muluk kepada anak muridnya hari ini mereka terpaksa menunaikan janji mereka.Yang saya dengar beberapa orang guru di sekolah saya memberikan RM50 kepada mereka yang mendapat 5A.Saya pun tidak terkecuali,tetapi hanya berikan RM30 sahaja.Manakala yang mendapat 3A pun saya beri juga sebanyak RM10.Mudah-mudahan mereka menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.Saya jangkakan hari ini ada kenduri dari guru yang cemerlang prestasi subjek UPSR,namun sangkaan saya meleset.Awal-awal lagi cikgu rosnah message saya.."ust bolehlah bodek azliza,dia yang top!saya takde bendanya.Sememangnya bebudak tu ok,tuition dengan yati pardi,yang penting tugas saya dah jalan dengan baik,tahniah untuk semua guru!".Esok pula semua guru kena datang sekolah kerana ada kursus headcount..dengarnya ada sarapan yang ditaja oleh PGB HEM.Almaklumlah anak dia dapat 5A...

Wednesday, November 12, 2008

Natijah UPSR 2008

5A dari kiri Siti Noor Fareeza,Nurul Nadiah,Nor Elia

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah muncul..natijah UPSR 2008.Alhamdulillah sekolah saya terus menerus mengeluarkan murid yang mendapat 5A.Kali ini seramai 3 orang iaitu Siti Noor Fareeza (murid terbaik SKPAP 2008),Nurul Nadiah dan Nor Elia.Manakala yang mendapat 4A tidak ada dan 3A pula 4 orang iaitu Nor Syakilla,Ayu Yuhana,Nor Asyikin dan Mohd Qushairie. Secara keseluruhannya pencapaian kali ini ada peningkatan berbanding tahun lepas dengan subjek matematik dan BM kefahaman mencatat kelulusan 100 peratus.Tersenyum girang Kak Azliza dan Kamarulhairi sehingga ada rakan-rakan berseloroh meminta Kak Azliza belanja melancong ke Paris.Pihak pentadbir menarik nafas lega dan tersenyum lebar kerana tidak perlu mengadap PPD.Bagi sekolah yang mencatat penurunan terpaksalah mengadap PPD untuk memberi seribu alasan.
3A dari kiri Qushairi,saya,Nor Asyikin,Nor Syakilla,Ayu Yuhana

Tuesday, November 11, 2008

Markah Prestasi Kerja Tahunan


Guru yang cemerlang (90% lebih markah prestasi) dari kiri Kak Rosnah,Ustzh Nor Hayati

Baru tadi Pembantu Guru Besar sekolah saya minta tolong isikan markah prestasi kerja guru dalam komputer.Kalau sebelum ini,dia yang mengisi sendiri tetapi kali ini perisian yang digunakan adalah baru maka terpaksa menggunakan khidmat guru data.Jadi boleh lah saya tahu markah prestasi kerja saya untuk tahun ini.Saya dimaklumkan semasa taklimat di PPD,sepatutnya guru diberitahu markah prestasi kerja masing-masing supaya dia boleh meningkatkan lagi prestasinya untuk tahun akan datang pula.Sebagai guru baru, rakan-rakan memberitahu biasanya markah tidak melebihi 90 peratus.Jadi markah yang saya dapati sebanyak 88.90 peratus itu sudah dikira tinggi juga ditambah pula hampir setengah tahun saya tidak berada di sekolah kerana bercuti sakit.Ustazah yang seorang di sekolah saya itu mendapat 93.16 peratus.Manakala guru yang dicalonkan untuk APC mendapat 94 peratus.

Gotong-royong Perdana


Hari ini sekolah saya mengadakan Program gotong royong perdana yang diarahkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengisi hari-hari akhir persekolahan.Bagi saya inilah peluang untuk saya mencuba lensa kamera yang baru dibeli jenis samsung 7.2 MP yang harganya lebih murah dari kamera yang hilang dahulu.

Hilang Kamera

Setelah kecewa tidak dapat pergi lawatan ke Kelantan saya sekali lagi dirundung malang pabila telah kehilangan kamera saya jenis jenoptik buatan Eropah di Konvensyen 4Life.Saya tidak berapa kisah sangat dengan kehilangan kamera itu,tetapi apa yang lebih terkilan sangat ialah hilangnya gambar-gambar yang berada dalam kamera itu terutamanya gambar-gambar di Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik sekolah saya baru-baru ini.Saya tidak sempat cuci atau save gambar tersebut lagi.Itulah yang tersangat memilukan kerana ia tidak dapat digantikan dengan apa-apa pun.

Program 4Life

Kecewa tidak dapat pergi lawatan ke Kelantan,saya membawa diri ke Putrajaya bagi memenuhi jemputan rakan saya ke program Konvensyen 4Life transfer factor,satu syarikat MLM yang memasarkan produk kesihatan berasaskan herba dari USA.Gempak juga program itu di mana ia dihadiri tetamu dari 3 negara iaitu Singapura,Filipina dan Thailand.Di sana saya dapat melihat kejayaan yang dicapai oleh mereka yang menceburi bidang ini.

Lawatan Sambil Belajar

Tahun ini sekolah saya mengadakan lawatan sambil belajar ke Kelantan negeri yang digelar Serambi Mekah pula.Namun saya terlepas peluang ke sana dek kerana kesihatan yang belum mengizinkan.Seronok juga dengar cerita-cerita dari rakan yang pulang dari lawatan itu,terutamanya dari segi harga makanan yang murah dan sedap.Oleh kerana tidak pergi lawatan tahun ini,tidak dapat saya kongsi rakaman kamera telatah murid-murid saya di sana.

Friday, November 7, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan


Dari kiri: Guru Besar SKPAP,Ketua Kampung,Pembantu Guru Besar


Dalam suasana yang sederhana tetapi meriah Hari Anugerah Kecemerlangan Murid 2008 dapat diadakan pada hari ini.
Pencapaian murid samada dalam kurikulum atau kokurikulum diiktiraf dengan pemberian hadiah.Sudah lama majlis ini tidak diadakan di dewan sekolah.Selalunya dibuat di Dewan Pekan Air Panas.Ia mengembalikan nostalgia sewaktu saya di sekolah rendah dulu di mana majlis ini dibuat di dewan sekolah.Pentasnya menggunakan meja murid sahaja.Sekalung tahniah kepada adik Nurina Afifah yang menggondol hadiah Anugerah Terbaik Akademik dan adik Siti Noor Fareeza yang menggondol Anugerah Terbaik Keseluruhan



adik Nurina Afifah dan adik Siti Noor Fareeza

Saturday, November 1, 2008

Guru yang Signifikan



Di majlis perasmian penutupan Kursus Khas GPI itu,Pengarah Pelajaran Johor ada menitipkan beberapa panduan kepada guru di bawah tajuk guru yang signifikan iaitu :
  • Pengetahuan & minat yang mendalam terhadap subjek yang diajar

  • Keprihatinan yang tulen terhadap minat dan masalah pelajar

  • Berusaha bersungguh-sungguh supaya pelajar benar-benar terlibat dan mengambil bahagian di dalam p&p

  • Jelas dengan harapan pelajar.Apa yang mahu mereka pelajari

  • Keinginan mengajar yang kuat dan ingin cemerlang di dalam pengajaran

Masjid Sultan Abu Bakar

Kursus Khas GPI Fasa 4




Semalam ketika manusia sedang berehat dan bersantai bersama keluarga, saya dan kawan-kawan berkursus sehari di Pusat Islam Iskandar JB.Antara pengisian program ialah ceramah fiqh aulawiyyat dalam pengurusan pendidikan,ceramah sumbangan GPI melestari negara bangsa dan diskusi PIPP dan isu-isu semasa dalam pendidikan.Bermula jam 9 pagi hingga 5 petang



Danga Bay jam 6 petang