Wednesday, May 20, 2009

Pindaan tarikh perkhemahan

Dalam kesibukan membuat audit nilai dan peperiksaan setengah tahun,saya cuba mencuri-curi ruang masa untuk menghantar posting terbaru.Kali ini mengenai perkhemahan unit beruniform yang dipinda tarikhnya ke awal julai iaitu pada 3-5 Julai.Tak sangka tarikh tu bertepatan dengan tarikh hari lahir saya.Nampaknya saya sambut hari lahir di Gunung Ledang kali ini tempat bersemayam puteri gunung ledang?!

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Teacher is like Pepsi "Ask 4 more".Teacher is like Nike "Just Do It".Teacher is like Nokia "connecting people".Teacher is like McD "I'm loving it".Happy Teacher's Day.Begitu lah antara ucapan menarik sempena hari guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun.Apa pun Selamat Hari Guru untuk rakan-rakan guru dan guru-guru saya yang mendidik saya selama ini.

Wednesday, May 13, 2009

Perkhemahan Badan Uniform

Tak lama lagi sekolah saya akan mengadakan perkhemahan badan uniform pada hujung bulan ini.Sebelum keputusan tarikh dimuktamadkan,ada di kalangan rakan yang tidak setuju dengan tarikh yang dicadangkan.Maklumlah awal cuti sekolah banyak kenduri kendara.Termasuklah rakan saya yang yang terpaksa menghadiri kenduri sanak sedara pada tarikh perkhemahan tersebut.Ada yang merayu supaya ditangguhkan ke tarikh lain.Namun begitu semuanya tidak dibincangkan bersama PGB Koko saya menyebabkan beliau terasa hati.Sensitif juga orangnya.Lalu saya dan seorang rakan baru di sekolah menjadi bahan untuk mendengar leteran dan ceramah beliau ketika bersarapan pagi bersama di kantin..Akak dulu masa kat Maktab suka betul dengan aktiviti perkhemahan dan lasak ni..beliau memulakan perbualan di pagi itu.Tiap-tiap tahun akak tak pernah miss.Kalau ada yang anjurkan aktiviti begini akak orang pertama yang akan daftar..sambungnya lagi menghangatkan suasana pagi itu.Semua aktiviti akak ikut,sebut je apa dia aktiviti semua akak dah lalui..abseling,flying fox,daki gunung,bukit,berkayak semua dah rasa..saya tersenyum sendirian lalu bermonolog dalam hati,masuk yang ini dah 6 kali akak ceritakan kisah yang sama..Lalu saya mencelah..saya fobia betul dengan berkayak la kak..pantas dia menjawab..awak tak biasa lagi..erm begitu la alasan dia tiap kali kita beritahu perkara tu susah nak buat...awak tak biasa lagi. Akhirnya dia mengakhiri perbualan dengan nada sayu..sekarang ni dah kahwin akak tak larat lagi buat benda tu semua.Tambah lagi sakit tulang belakang ni makin menjadi-jadi.Awak yang bujang ni teruskan la perjuangan akak...
Namun begitu bila mesyuarat diadakan,semua yang kusut terlerai sudah.tarikh perkhemahan dimuktamadkan...

Friday, May 8, 2009

Kecoh lagi serabut!



Di tengah kekecohan di DUN Perak semalam,fikiran saya lagi berkecamuk kerana kerja datang bertindan-tindan.Mulanya arahan dari pentadbir sekolah agar saya pergi kursus BM Isnin ini.Kemudian datang pula surat mengarahkan saya mula menyiapkan laporan audit nilai dalam tempoh 3 minggu.Jadi pegawai audit pula!Hari ini dapat kerja baru lagi,menyiapkan laporan pemantauan dan pergerakan guru serta mendaftarkan nama murid dalam Zoom-A.Pagi tadi saya cuba memujuk pentadbir untuk tidak pergi kursus BM itu dan rancangan saya berjaya.Saya perlu mengurangkan pergerakan keluar dari sekolah agar dapat menumpukan sepenuhnya menyiapkan laporan itu.

Tuesday, May 5, 2009

SKPAP Kelola Bola Baling Peringkat Daerah







Hari ni hampir setengah hari berpanaskan mentari di tengah gelanggang bola baling.Tahun ini SKPAP menjadi pengelola Pertandingan Bola Baling peringkat Daerah.Tempat pertandingan diadakan di SK Sri Labis.Separuh dari guru sekolah terpaksa ditugaskan di sana.Maka guru di sekolah terpaksa dalam kedudukan 'stay put' di kelas yang ditetapkan.Begitulah keadaannya di sekolah kurang murid.

Monday, May 4, 2009

Kemalangan Ngeri

Semalam balik dari sekolah menuju ke Segamat saya menyaksikan satu kemalangan yang agak mengerikan berlaku di depan mata antara kereta dengan motosikal.Saya dari arah jalan yang berlainan dapat melihat kereta menghentam motosikal dari belakang.Walaupun dalam kelajuan yang sederahana sebab baru bergerak dari lampu isyarat tapi dahsyat juga nampaknya sampai penunggang motosikal itu tercampak dan mungkin pengsan kot.Seorang tercampak ke bahu jalan manakala rakannya di tengah jalan.Tak tahu la macam mana nasib penunggang motosikal itu.Ini la kali pertama melihat bagaimana kemalangan berlaku dengan begitu dahsyat.Saya tak putus-putus beristighfar,berzikir dan sebagainya.


Cerita tentang kemalangan ini teringat pula kisah adik ustazah Nor Hayati iaitu Nor Hazlina yang sedang mengalami satu penyakit ganjil sehingga para doktor yang mengubatinya surrender tidak tahu punca penyakit tersebut.Dengar khabarnya sudah sebulan beliau mengalami sakit yang macam demam seram sejuk dan sendi itu hingga terpaksa ambil cuti.Sekarang ni keluarga beliau cuba ubat cara kampung pula.Beliau masih dalam latihan perguruan j qaf.Dulu beliau sempat buat praktikal universiti di sekolah saya.Mudah-mudahan beliau segera sembuh dari penyakit tersebut.