Wednesday, December 16, 2009

SKPAP : KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA

selamat tinggal ...

wajah-wajah itu...
pernah ku tatapi...
tangannya pernah ku bimbing...
senyumnya pernah ku balas...

adakah mentari yang bersinar esok
mampu kutatapi lagi wajah-wajah itu?

Suaranya sering berkumandang
dihujung padang,kelas ,kantin...
merata-rata..
suara itu...suaramu ..muridku

kini....
suara-suara itu
wajah-wajah itu
tidak kedengaran lagi...

yang pasti suara-suara baru akan muncul
menjadi halwa telinga ku
setiap dinihari...

wajah-wajah baru kan muncul tapi ..
....tetap diselimuti memori wajah-wajah dahulu
itu tugas ku
itu amanahku...kerana Aku Pendidik..mujaddid...murabbi...mualim

Permata itu..permata Negara
Permata itu Permata Bonda
dan Permata itu ...Permata Mujahid dan Mujahidah
Pejuang Addin yang suci..

kutinggalkan azimat keimanan..untukmu muridku..
agar bisa membaluti hatimu 
dengan besi Ketakwaan yang Berkekalan...

nukilan : Mek Nie

Saturday, December 12, 2009

Terima Kasih SKPAP..Tempat Jatuh Lagi Dikenang!

Langkah ini ...

tanggal 2006...
langkah ini menemukan kita
langkah ini membibitkan seribu kuntum -kuntum
kemesraan antara kita....
langkah ini menjalin seribu impian
dan kenangan...

kita serasi merenjiskan air mawar
ke kelopak yang masih muda..
kehausan ilmu didada...
kita bergandingan membelai bunga-bunga harapan bangsa
seia sekata... penuh iltizam

tapi...
langkah ini kan berhenti jua ...
bukan ternoktah..lemah dan longlai
tapi langkah ini
akan terus ku ayunkan dengan kencang
walau terpaksa..
ke destinasi seterusnya...

Aku Pengilap Permata Negara
Aku Mujahid Pejuang agama
Aku Berjihad Mencari Keberkatan Ilahi
Kerana Aku Adalah GURU..

Buatmu rakan ...
Syukran atas segala pengalaman
Syukran atas keprihatinan
Syukran atas sebuah kepimpinan
Syurkan kerana memaniskan kehidupan

Buatmu muridku...
wajah-wajah ceria itu segar di awangan ingatan
keletah kalian menjadi penyegar
dikala kerinduan..
biarkan kasih ini bertapa..
biarkan kasih ini terpana..
atas bukti selaut kasih sayang
dari seorang guru.

segunung harapan .. ku pancarkan
agar kalian berjaya meredahi
kehidupan ini berdindingkan keimanan ILAHI...

Selamat tinggal....
selamat berpisah....hanya jarak memisahkan kita
tapi bicara tetap bersama...
perpisahan ini hanya selingan dalam merentasi kehidupan..
tak meragut kesetiaan persahabatan yang terjalin..
antara kita semua....
Terima kasih SKPAP...tempat jatuh lagi dikenang!

nukilan mek nie 12 Dis 2009

Tuesday, November 24, 2009

CINTA LUAR BIASA


Diusik RinduNya

Pada takdir Tuhan
Menyatukan Adam dan Hawa
Adalah amanah
Yang berbenang
Mahabbah,mawaddah
Dan Rahmah
Dengan tali-tali sakinah
Layarilah bahtera
Cintamu dengan cintaNya
Tanpa ego,tanpa jemu
Tanpa dosa
Tetapi taqwa,iman
Dan cinta
Pasti bahagia

Ummu Hani-16/11/2009

Selamat Pengantin Baru


Selepas akad nikah 30 Oktober 2009



Kenduri Kahwin di Bangi 31 Oktober 2009

Sunday, October 11, 2009

Kenduri Faisal Tehrani


Akhirnya,abangku ini menemui jodohnya.Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Kemalangan Jalan raya



Kemalangan ini berlaku seminggu sebelum hari raya aidilfitri baru-baru ini.Ia menimpa ke atas adik saya Kamaluddin ketika dalam perjalanan balik ke Segamat dari arah Muar.Ia berlaku kerana beliau hendak mengelak lembu yang melintas jalan menyebabkan keretanya terbabas lalu terbalik dan berpusing beberapa kali.Ketika kejadian itu beliau bersama dengan rakan yang bernama Daud.Alhamdulillah,adik saya hanya mengalami kecederaan di bahagian mukanya sahaja sementara rakannya selamat.

Saturday, August 8, 2009

Kejadian pecah masuk rumah..



Adakah rumah anda pernah dimasuki pencuri?Saya sempat menziarahi rakan yang rumahnya dimasuki pencuri.Nampak kesedihan dan keserabutan di wajah beliau.Pencuri memang kejam dan tidak ada rasa peri kemanusiaan.

Monday, August 3, 2009

Dinner Takaful Ikhlas


Peluang sebegini saya tidak lepaskan pabila menerima pelawaan rakan untuk menemaninya ke Majlis Malam Anugerah bagi pencapaian ejen takaful ikhlas.Majlis ini dibuat di sebuah hotel sebelah bangunan TV3
Adik Muhamad Al-Hafiz membaca ayat suci Al-quran
Persembahan nasyid dari kumpulan SMAP Kajang

Susun Atur Meja Pejabat


Susun atur meja yang kemas dan menarik boleh memberi ketenangan dan semangat kepada tuan empunya meja tersebut untuk bekerja

Monday, July 20, 2009

Takaful Ikhlas


Alhamdulillah syukur ringan sikit beban kami sekeluarga..mungkin itulah kata yang diungkapkan kepada seorang agen takaful yang sedang menyerahkan cek.Pengalaman mengajar saya agar menyediakan tabung kewangan untuk kos perubatan.Cara yang terbaik ialah dengan menyertai skim yang diperkenalkan melalui takaful ikhlas.Dulu saya tidak nampak kebaikannya,namun bila kemalangan menimpa saya setahun yang lalu barulah saya sedar akan kebaikannya bila sesuatu rawatan perubatan memerlukan kos kewangan yang tinggi.

Kasih


Kasihku padanya bagaikan papan tanda kedai kek Kaseh yang setia menanti pelanggan menjengahnya

Jelajah Ilmu


Baru-baru ini saya menerima jemputan dari seorang rakan untuk mengikuti satu program Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Rumah Anak Yatim di Selangor.Tak sangka di majlis itu saya dapat bertemu Exco Selangor YB Dr Halimah dan Us. Nik Abduh anak kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.Seronok mendengar celoteh YB Exco yang memberi banyak maklumat tentang Kerajaan Selangor dan juga Tazkirah dari Ustaz Nik Abduh yang membawa surah Dhuha yang sungguh mengesan hati nurani pendengar.

Bang kain ini bagus bangat.Beli satu bang!

Selesai majlis itu saya dibawa membeli belah di beberapa pasar raya yang terkenal di ibu kota.Akhir sekali saya dibawa mendengar kisah menarik perjalanan seorang wanita yang hebat dalam bidang keusahawanan.Beliau memulakan perjalanan hidupnya dalam bidang ini dengan penuh getir dan akhirnya dalam masa yang singkat,tidak sampai 2 tahun telah berjaya mendapat anugerah agen baru terbaik dan agen terbaik.Seterusnya berjaya mendapat tiket melancong ke beberapa buah negara seperti Bandung,Indonesia dan Mekah.

Masih ada Insan berhati Mulia


Perempuan buta itu yang membawa barang dalam beg besar

Menjelajah ke Ibu Negara Kuala Lumpur rupanya memeningkan kepala lebih-lebih lagi melihat kesesakan lalu lintas.Dulu saya banyak membaca kisah kehidupan di kota metropolitan ini yang sangat mencabar dan rencam.Ada yang baik..ada yang buruk..tapi kali ini saya lihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana 2 orang anak muda perempuan yang mempunyai hati yang murni cuba menolong seorang wanita buta yang tercari-cari untuk menaiki teksi.Tentu 2 anak muda perempuan ini melakukan perkara tersebut dengan ikhlas dan tanpa disuruh di tengah-tengah kesibukan orang lalu lalang untuk membeli belah.Saya hanya mampu memerhatikan tanpa dapat melakukan sesuatu mungkin kerana tergamam..aduh sedihnya...

Sediakan payung sebelum hujan

Pengalaman mengajar segala..Baru ni saya terjebak dalam satu kejadian kereta tayar pancit akibat terkena gasing..inilah kali pertama saya terpaksa menjadi hero untuk menggantikan tayar kereta yang pancit.Beberapa perkara yang dipelajari semasa kejadian ini ialah
1) jangan panik apabila tayar anda pancit
2) ketepikan kereta anda di tempat yang sesuai di bahu jalan
3) cari buku panduan cara penggunaan alat penukar tayar (bagi pengguna kali pertama)
4) Pastikan alat penukar tayar ada di belakang tempat simpan barang.Ini dilakukan sebelum memulakan perjalanan.
5) Ambil peralatan tukar tayar iaitu tayar simpanan,alat penaik badan kereta dan pembuka skru tayar.
6) Mulakan dengan menaikkan badan kereta di mana tayar pancit berada.
7) Buka skru tayar.Anda terpaksa memijak dengan kaki untuk membuka skru tersebut.
8) Gantikan dengan tayar simpanan dan masukkan skru di tempatnya
9) Turunkan badan kereta ke tanah
10) Ketatkan skru tayar tadi
Selamat mencuba!

Tuesday, July 14, 2009

Saga + Vios




Tetiba fikiran ini melayang memikirkan andaikata kereta saga keluaran terbaru proton itu digandingkan atau dicantumkan atau dikahwinkan dengan toyota vios apa akan jadi seterusnya...tentu ia menjadi satu keluaran kereta terbaik dunia....Saga + Vios = Savos

Monday, June 22, 2009

Skpap memasuki fasa baru dalam ICT

Semalam hari bersejarah bagi Skpap kerana berjaya menambah satu sistem bagi capaian internet di sekolah.Sistem itu ialah wireless yang disambung dengan talian schoolnet bagi membolehkan warga Skpap mencapai internet tanpa menggunakan wayar dan menikmatinya di mana-mana dalam kawasan sekolah hatta di dalam tandas sekalipun.Wow,fantastik !satu pencapaian yang hebat bagi tahun 2009.Apa pun terima kasih diucapkan kepada kumpulan rakan daripada PKG Labis yang bertungkus lumus memasang sistem ini tanpa meminta upah yang tinggi.Semua guru berasa teruja untuk cuba mencapai internet dengan menggunakan laptop masing-masing pada hari tersebut.Antaranya Cikgu Rosnah yang sudah memiliki blog sendiri- http://www.rosnahsarawak.blogspot.com

Sunday, June 21, 2009

Musim Durian Kembali lagi



Hujung minggu ni sempat mencari pengalaman menunggu durian jatuh dari pokok di kebun ayah saya di Tangkak.Walaupun sehari je tapi penantiannya berbaloi,dapat 15 biji durian.Musuh utama ialah serangga nyamuk dan semut gatal.Berbekalkan lampu suluh saya meredah waktu pagi yang sejuk tu.Apalah sangat dengan cahaya lampu suluh walaupun bersaiz besar,bukannya nampak sangat di tengah-tengah kebun yang gelap.Hanya menggunakan deria keenam je la yang membantu mendapatkan durian yang jatuh tu

Saturday, June 20, 2009

Islam Agamaku


Hampir menitis air mata kelakianku bila mendengar kisah perjalanan hidup Nor Aliya untuk memeluk Islam ketika beliau menyampaikan ceramah di UiTM pagi tadi.10 tahun beliau memendam rasa untuk memeluk Islam.Untuk mengikuti kisah lanjutnya layari blog beliau http://pukullima.blogspot.com/

Mesir Fantastik


Terkejut juga bila dengar berita Itali kalah dengan Mesir 1-0 dalam perlawanan Piala Konfederasi.Saya memang suka juga dengan pasukan Mesir ni.Cara mereka main pun lebih hebat dari pasukan Malaysia.Sebab tu tidak hairan ada beberapa pemain mereka bermain di luar negara.Mabruk Mesir!

Tuesday, June 16, 2009

Al Fatihah Untuk Pejuang Islam Ustaz Fathi Yakan


oleh: Lutfi

"AlFadhil Ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita pada Sabtu 13 Jun (1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada'

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.

Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.-Al-Fatihah
sumber: laman web tranungkite

Wednesday, June 10, 2009

Jalan-jalan cari makan



Baru balik dari Kedah/Perlis destinasi percutian saya kali ini..macam dah takde tempat lain.Asyik ke utara je..saje jalan jauh-jauh supaya orang tak kacau.Itu pun masa di tengah perjalanan ada orang call.ring..ring ni kak ita bleh minta tolong datang sekolah esok ambil gambar untuk aktiviti gotong royong kantin sekolah..ergh..saya on the way to kedah kak.Maaf ye!Selamat...Sampai di Kedah sempat menjamu selera di Radix fried Chicken di sebelah stesen bas sementara menunggu abg Giman datang.Malam itu saya tidur di Kg Temalang, kampung Kak Yati Hasan.Berdasarkan perbualan dengan mak Kak Yati,anaknya Nor Hazlina dah sembuh dari sakit yang dialaminya selama sebulan itu.Dah segar bugar dan boleh bawa kereta lagi.Esoknya singgah pula di rumah kawan di Perlis,Johaibi.Di sana saya sempat menjengah seorang rakan yang baru balik dari Scotland,Mohd Abduh.Beliau mengikuti isterinya yang sedang buat PHD di sana.Mengikut ceritanya,beliau balik seminggu je atas urusan keluarga dan tidak bawa sekali keluarganya kali ini.Semoga beliau dan isterinya berjaya dengan cita-cita mereka.
Hadiah keychain dari Abduh

Wednesday, May 20, 2009

Pindaan tarikh perkhemahan

Dalam kesibukan membuat audit nilai dan peperiksaan setengah tahun,saya cuba mencuri-curi ruang masa untuk menghantar posting terbaru.Kali ini mengenai perkhemahan unit beruniform yang dipinda tarikhnya ke awal julai iaitu pada 3-5 Julai.Tak sangka tarikh tu bertepatan dengan tarikh hari lahir saya.Nampaknya saya sambut hari lahir di Gunung Ledang kali ini tempat bersemayam puteri gunung ledang?!

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Teacher is like Pepsi "Ask 4 more".Teacher is like Nike "Just Do It".Teacher is like Nokia "connecting people".Teacher is like McD "I'm loving it".Happy Teacher's Day.Begitu lah antara ucapan menarik sempena hari guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun.Apa pun Selamat Hari Guru untuk rakan-rakan guru dan guru-guru saya yang mendidik saya selama ini.

Wednesday, May 13, 2009

Perkhemahan Badan Uniform

Tak lama lagi sekolah saya akan mengadakan perkhemahan badan uniform pada hujung bulan ini.Sebelum keputusan tarikh dimuktamadkan,ada di kalangan rakan yang tidak setuju dengan tarikh yang dicadangkan.Maklumlah awal cuti sekolah banyak kenduri kendara.Termasuklah rakan saya yang yang terpaksa menghadiri kenduri sanak sedara pada tarikh perkhemahan tersebut.Ada yang merayu supaya ditangguhkan ke tarikh lain.Namun begitu semuanya tidak dibincangkan bersama PGB Koko saya menyebabkan beliau terasa hati.Sensitif juga orangnya.Lalu saya dan seorang rakan baru di sekolah menjadi bahan untuk mendengar leteran dan ceramah beliau ketika bersarapan pagi bersama di kantin..Akak dulu masa kat Maktab suka betul dengan aktiviti perkhemahan dan lasak ni..beliau memulakan perbualan di pagi itu.Tiap-tiap tahun akak tak pernah miss.Kalau ada yang anjurkan aktiviti begini akak orang pertama yang akan daftar..sambungnya lagi menghangatkan suasana pagi itu.Semua aktiviti akak ikut,sebut je apa dia aktiviti semua akak dah lalui..abseling,flying fox,daki gunung,bukit,berkayak semua dah rasa..saya tersenyum sendirian lalu bermonolog dalam hati,masuk yang ini dah 6 kali akak ceritakan kisah yang sama..Lalu saya mencelah..saya fobia betul dengan berkayak la kak..pantas dia menjawab..awak tak biasa lagi..erm begitu la alasan dia tiap kali kita beritahu perkara tu susah nak buat...awak tak biasa lagi. Akhirnya dia mengakhiri perbualan dengan nada sayu..sekarang ni dah kahwin akak tak larat lagi buat benda tu semua.Tambah lagi sakit tulang belakang ni makin menjadi-jadi.Awak yang bujang ni teruskan la perjuangan akak...
Namun begitu bila mesyuarat diadakan,semua yang kusut terlerai sudah.tarikh perkhemahan dimuktamadkan...

Friday, May 8, 2009

Kecoh lagi serabut!



Di tengah kekecohan di DUN Perak semalam,fikiran saya lagi berkecamuk kerana kerja datang bertindan-tindan.Mulanya arahan dari pentadbir sekolah agar saya pergi kursus BM Isnin ini.Kemudian datang pula surat mengarahkan saya mula menyiapkan laporan audit nilai dalam tempoh 3 minggu.Jadi pegawai audit pula!Hari ini dapat kerja baru lagi,menyiapkan laporan pemantauan dan pergerakan guru serta mendaftarkan nama murid dalam Zoom-A.Pagi tadi saya cuba memujuk pentadbir untuk tidak pergi kursus BM itu dan rancangan saya berjaya.Saya perlu mengurangkan pergerakan keluar dari sekolah agar dapat menumpukan sepenuhnya menyiapkan laporan itu.

Tuesday, May 5, 2009

SKPAP Kelola Bola Baling Peringkat Daerah







Hari ni hampir setengah hari berpanaskan mentari di tengah gelanggang bola baling.Tahun ini SKPAP menjadi pengelola Pertandingan Bola Baling peringkat Daerah.Tempat pertandingan diadakan di SK Sri Labis.Separuh dari guru sekolah terpaksa ditugaskan di sana.Maka guru di sekolah terpaksa dalam kedudukan 'stay put' di kelas yang ditetapkan.Begitulah keadaannya di sekolah kurang murid.

Monday, May 4, 2009

Kemalangan Ngeri

Semalam balik dari sekolah menuju ke Segamat saya menyaksikan satu kemalangan yang agak mengerikan berlaku di depan mata antara kereta dengan motosikal.Saya dari arah jalan yang berlainan dapat melihat kereta menghentam motosikal dari belakang.Walaupun dalam kelajuan yang sederahana sebab baru bergerak dari lampu isyarat tapi dahsyat juga nampaknya sampai penunggang motosikal itu tercampak dan mungkin pengsan kot.Seorang tercampak ke bahu jalan manakala rakannya di tengah jalan.Tak tahu la macam mana nasib penunggang motosikal itu.Ini la kali pertama melihat bagaimana kemalangan berlaku dengan begitu dahsyat.Saya tak putus-putus beristighfar,berzikir dan sebagainya.


Cerita tentang kemalangan ini teringat pula kisah adik ustazah Nor Hayati iaitu Nor Hazlina yang sedang mengalami satu penyakit ganjil sehingga para doktor yang mengubatinya surrender tidak tahu punca penyakit tersebut.Dengar khabarnya sudah sebulan beliau mengalami sakit yang macam demam seram sejuk dan sendi itu hingga terpaksa ambil cuti.Sekarang ni keluarga beliau cuba ubat cara kampung pula.Beliau masih dalam latihan perguruan j qaf.Dulu beliau sempat buat praktikal universiti di sekolah saya.Mudah-mudahan beliau segera sembuh dari penyakit tersebut.

Tuesday, April 28, 2009

Pertandingan Membaca Rumi & Jawi serta Azan



Pagi tadi saya menjadi pengadil bagi pertandingan membaca rumi untuk tadika kemas,membaca jawi dan azan bagi sekolah rendah anjuran Pusat Sumber Pekan Air Panas.Melihat telatah murid-murid di usia yang mentah ini amat menghiburkan hati.Dapat merehatkan minda lari dari kesibukan tugas mengajar.Selepas selesai pertandingan saya cuba menyelesaikan hal peribadi dengan rakan sekerja.Ragam dan tingkah laku manusia memang sukar dibaca.Kadang-kadang ia tak seperti yang kita fikirkan menyebabkan kita salah tanggap terhadap seseorang.Namun penyelesaiannya bukanlah dengan cara memberitahu orang ketiga kerana ia boleh menyebabkan kita terjerumus dalam perbuatan mengumpat.Adalah baik kita bersemuka dan berterus terang dengan orang yang bermasalah dengan kita.Itulah yang saya cuba lakukan dan hasilnya sangat baik.Lantas memberikan ketenangan dan menjawab persoalan yang sering bermain-main di benak fikiran ini.

MENGUMPAT / GHIBAH

MENGUMPAT / GHIBAH
1. Mukaddimah
Tajuk diatas merupakan suatu tajuk yang kurang senang untuk didengari kerana ianya suatu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian; malah ada ketikanya menjadi kegemaran pula. Renungan yang dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah. Ianya adalah bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah menampakkan keaiban serta keburukan Si pencerita.
Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya :
Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:
Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)

Sunday, April 26, 2009

Cuba Mengenali Rakan Sekerja


Saya kadang-kadang keliru dengan sikap rakan-rakan sekerja dan kerap tersalah anggap.Rupanya banyak lagi sikap dan latar belakang mereka yang saya tidak ketahui.Saya diberitahu oleh kak Fasiha tentang satu kaedah metafizik menggunakan kiraan tarikh lahir seseorang yang boleh membantu untuk mengenali diri rakan kita.Lalu saya minta dia buat kiraan untuk rakan sekerja saya iaitu :
1) PGB 1
1/5/1967
root no - 2 (sifat air) saling menyokong dgn root 6(no root saya), byk perkara dia menang. apapun tak jadi hal.

156
sesuai utk buat site income

145
Anugerah kesihatan yg baik, potensi penyakit kurang. Kesihatan yg lbh baik berbanding org lain yg seusia.

279
memilikki daya penarik tersendiri

696
sesuai utk mjlnkan perniagaan kerana mudah mendapat untung, mgkn juga dia menggunakan sebaiknya kelebihan no 279

Potensi penyakit: hati, sendi, tulang, mata
2) PGB 2
23/3/1967
root no 4 (sifat kayu), org yg root 6 (mcm saya) kdgkala tak berapa nak masyuuk dgn root ini apatah lagi sifat dlmn dia juga 4. Tapi dia bukan musuh, tapi tu..la kena buat correction ada tolak ansurnya.

246
bijak berpidato/berceramah

339
Berjaga-jaga dengan aliran kewangan kerana agak boros/cenderung berbelanja lbh

38
Boleh diharap kerana menjadi penggerak bg sesuatu aktiviti/kerja

Potensi penyakit: pernafasan, kulit, usus besar, buah pinggang, pundi kencing
3) PGB 3
12/1/1975
root no 8 (sifat api) ngam dengan root saya??

no-no dlm kiraan tarikh ini agak unik sbb sama belah kiri dan kanan. apapun ini sdkt penerangan :

375
Biasa terdapat pada org kenamaan, atau berpangkat dlm kerjayanya.
Situasi org yg berada diatas ia cenderung kepada sifat mensabotaj dan ada masa dia juga akan disabotaj/di halang @ terhalang dlm urusan kerjanya.
(kalau dia rakan baik cikgu, kena selalu bagi sokongan moral)

336
Ada sifat boros
potensi penyakit: pernafasan, kulit, usus besar, buah pinggang, pundi kencing, perut dan sekitar

Wallahu'alam.ada yang betul dan ada yang tak pasti tentang hasil kiraan ni...

Saturday, April 25, 2009

Transformasi Eli?



Apakah rahsia pertemuan Eli dengan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini?Kebetulan beliau bertemu Tuan Guru sebelum berangkat menunaikan umrah.Adakah beliau meminta Tuan Guru mendoakan kesejahteraan diri beliau yang sedang dilanda kontroversi di depan kaabah??!

Friday, April 24, 2009

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

Baru sebentar tadi saya menjalani kursus sehari di sekolah bergabung dengan SK Sawah Bahru. Setiap guru dalam setahun perlu ada 7 kali kursus dalam perkhidmatan.Ada 3 lagi kursus seumpama ini dirancang.Tadi kursus berkaitan cara penyediaan Kajian Tindakan yang disampaikan oleh Cikgu Ainiah dari SMK Maokil.Tahun ini JPNJ mengarahkan seorang guru perlu ada satu kajian tindakan.Semasa sesi bengkel saya satu kumpulan dengan abang Abu Bakar,Kak Noratiqah dan Kak Nor Hayati.Pastinya orang yang banyak idea Kak Yati la.Kami pilih kajian tindakan beliau iaitu Permasalahan membezakan perkara yang membatalkan wuduk dan puasa menggunakan kaedah permainan labah-labah.Seronoknya juga dapat berkongsi idea begini.Kalau buat seorang diri alamat syok sendiri la.

Sunday, April 19, 2009

Pameran Buku Antarabangsa


Amalan pemberian hadiah mahal sempena hari jadi anak yang menjadi ikutan masyarakat moden perlu diubah kepada pemberian hadiah buku sebagai pendorong untuk mereka menggemari buku sejak kecil.
rujuk link ini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090419023721/Article/

Taklimat PPSMI

Jumaat lalu dapat kerja baru semasa hadir di taklimat PPSMI.Kena buat laporan PPSMI.Guru data lagi kena buat.Banyaknya kerja.Begitulah rungutan kalangan jemaah guru data.Belum sudah audit nilai dah dapat kerja baru.Hj Sazali orang PPD lantas memahami apa yang bermain di benak fikiran khalayak guru data segera memujuk dengan nasihat berikut yang perlu difikir-fikirkan:
1) Jangan sentiasa beritahu orang lain yang kita banyak kerja.
2)Jangan fikir banyak kerja sebab takde sape yang suruh kita cari kerja.
3)Walaupun kita banyak kerja,jangan sesekali abai tugas utama kita iaitu P&P.Masuklah kelas walaupun sekejap.Ajarlah anak murid kita kerana itu tugas asas kita.

Kemas Rumah.

Baru hari ni ada kesempatan kemas rumah setelah beberapa hari lalu bagaikan tongkang pecah akibat proses renovate.Penat juga kemas sorang-sorang ni,tapi syukur dapat laksa dari kak Yati jiran saya.Laksa Kedah dia memang tak terkata enaknya..dah lama tak rasa masakannya sejak dia sibuk jadi PGB Koko sampai nak bercakap dengan saya pun tak sempat..Sebelum ni dia sering kirim lauk pauk yang enak-enak kepada saya.Maklumlah malas nak masak bila duduk sorang-sorang.Antara yang menjadi kegemaran saya ialah masak asam pedas.Dulu memang saya tak suka asam pedas.tapi sejak makan masakan dia,terus jatuh cinta...Sejak akhir-akhir ni dia sering sakit-sakit.Kesian kat dia.Sakit tulang belakang dia masih tak jumpa penawarnya. Dengar kata ada keretakkan di bahagian tulang belakangnya akibat jatuh semasa muda-muda dulu.Kadang-kadang dia datang sekolah nampak berbaring di bilik sekolah dan saya pernah dengar dia menangis kerana menahan kesakitan.Aduhai!Andai boleh ganti sakit tu kepada saya,saya rela...demi kak Yati...

Thursday, April 16, 2009

Selamat hari Lahir!

Hari ini merupakan hari yang bermakna bagi seorang kawan saya yang agak terkenal iaitu Mohd Yazid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.Beliau kini semakin dikenali menerusi beberapa buah novel yang mendapat perhatian para pengkritik dan peminat sastera.Selamat Hari Lahir!Moga selepas ini lahir banyak lagi karya yang meletup di pasaran.

Saturday, April 11, 2009

Maulidur Rasul SKPAP


Hari ni baru habis program Maulidur Rasul sekolah saya.Rasanya bebanan yang terpikul di bahu ini telah berkurang sebanyak 80 peratus.Minggu ini sahaja 2 program besar sudah dilaksanakan iaitu Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agong PIBG.Sebagai penyelaras program memanglah meletihkan walaupun turut dibantu rakan yang lain.Inilah kali pertama saya kendalikan program sepenuhnya.Sebelum ini Ustazah Nor Hayati yang kini menjadi PGB KOKO.Tentunya ada kekurangan di sana sini namun majlis tadi berjalan lancar.Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu melancarkan program ini lebih-lebih lagi Ustazah Nor Hayati yang membimbing saya dulu sehingga saya boleh berdikari sekarang.Mungkin dia terasa hati kali ini kerana saya tidak banyak merujuk kepadanya sehingga terkeluar kata-kata "dia tak minta tolong pun dengan kita"..Ceramah kali ni disampaikan oleh Ustaz Abd Hamid,Guru Besar Sekolah Agama Felda Chempelak.Rupa-rupanya dia ada hubungan keluarga dari sebelah ayah saya.Antara mutiara yang sempat saya kutip ialah lirik nasyid selawat yang didendangkan dalam ceramah beliau..
Dimulai dengan selawat ke atas nabi..
Sayang-sayang orang tua tak sembahyang,
nabi Adam juga tua pun sembahyang

Sayang-sayang orang muda tak sembahyang,
Saidina Ali 10 tahun sudah sembahyang

Sayang-sayang orang kaya tak sembahyang
Nabi Sulaiman lagi kaya pun sembahyang

Sayang-sayang orang miskin tak sembahyang,
Nabi Isa lagi miskin pun sembahyang

Sayang-sayang orang handsome tak sembahyang,
Nabi Yusof lagi handsome pun sembahyang

Sayang-sayang orang cantik tak sembahyang,
Saidatina Fatimah juga cantik pun sembahyang

Sayang-sayang orang sihat tak sembahyang,
Nabi Muhammad juga sihat pun sembahyang

Sayang-sayang orang sakit tak sembahyang
Nabi Ayub juga sakit pun sembahyang

Lagu nasyid ini boleh diubah suai mengikut citarasa pembaca