Saturday, December 12, 2009

Terima Kasih SKPAP..Tempat Jatuh Lagi Dikenang!

Langkah ini ...

tanggal 2006...
langkah ini menemukan kita
langkah ini membibitkan seribu kuntum -kuntum
kemesraan antara kita....
langkah ini menjalin seribu impian
dan kenangan...

kita serasi merenjiskan air mawar
ke kelopak yang masih muda..
kehausan ilmu didada...
kita bergandingan membelai bunga-bunga harapan bangsa
seia sekata... penuh iltizam

tapi...
langkah ini kan berhenti jua ...
bukan ternoktah..lemah dan longlai
tapi langkah ini
akan terus ku ayunkan dengan kencang
walau terpaksa..
ke destinasi seterusnya...

Aku Pengilap Permata Negara
Aku Mujahid Pejuang agama
Aku Berjihad Mencari Keberkatan Ilahi
Kerana Aku Adalah GURU..

Buatmu rakan ...
Syukran atas segala pengalaman
Syukran atas keprihatinan
Syukran atas sebuah kepimpinan
Syurkan kerana memaniskan kehidupan

Buatmu muridku...
wajah-wajah ceria itu segar di awangan ingatan
keletah kalian menjadi penyegar
dikala kerinduan..
biarkan kasih ini bertapa..
biarkan kasih ini terpana..
atas bukti selaut kasih sayang
dari seorang guru.

segunung harapan .. ku pancarkan
agar kalian berjaya meredahi
kehidupan ini berdindingkan keimanan ILAHI...

Selamat tinggal....
selamat berpisah....hanya jarak memisahkan kita
tapi bicara tetap bersama...
perpisahan ini hanya selingan dalam merentasi kehidupan..
tak meragut kesetiaan persahabatan yang terjalin..
antara kita semua....
Terima kasih SKPAP...tempat jatuh lagi dikenang!

nukilan mek nie 12 Dis 2009

Tuesday, November 24, 2009

CINTA LUAR BIASA


Diusik RinduNya

Pada takdir Tuhan
Menyatukan Adam dan Hawa
Adalah amanah
Yang berbenang
Mahabbah,mawaddah
Dan Rahmah
Dengan tali-tali sakinah
Layarilah bahtera
Cintamu dengan cintaNya
Tanpa ego,tanpa jemu
Tanpa dosa
Tetapi taqwa,iman
Dan cinta
Pasti bahagia

Ummu Hani-16/11/2009

Selamat Pengantin Baru


Selepas akad nikah 30 Oktober 2009



Kenduri Kahwin di Bangi 31 Oktober 2009

Sunday, October 11, 2009

Kenduri Faisal Tehrani


Akhirnya,abangku ini menemui jodohnya.Semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Kemalangan Jalan raya



Kemalangan ini berlaku seminggu sebelum hari raya aidilfitri baru-baru ini.Ia menimpa ke atas adik saya Kamaluddin ketika dalam perjalanan balik ke Segamat dari arah Muar.Ia berlaku kerana beliau hendak mengelak lembu yang melintas jalan menyebabkan keretanya terbabas lalu terbalik dan berpusing beberapa kali.Ketika kejadian itu beliau bersama dengan rakan yang bernama Daud.Alhamdulillah,adik saya hanya mengalami kecederaan di bahagian mukanya sahaja sementara rakannya selamat.

Saturday, August 8, 2009

Kejadian pecah masuk rumah..



Adakah rumah anda pernah dimasuki pencuri?Saya sempat menziarahi rakan yang rumahnya dimasuki pencuri.Nampak kesedihan dan keserabutan di wajah beliau.Pencuri memang kejam dan tidak ada rasa peri kemanusiaan.

Monday, August 3, 2009

Dinner Takaful Ikhlas


Peluang sebegini saya tidak lepaskan pabila menerima pelawaan rakan untuk menemaninya ke Majlis Malam Anugerah bagi pencapaian ejen takaful ikhlas.Majlis ini dibuat di sebuah hotel sebelah bangunan TV3
Adik Muhamad Al-Hafiz membaca ayat suci Al-quran
Persembahan nasyid dari kumpulan SMAP Kajang