Monday, June 22, 2009

Skpap memasuki fasa baru dalam ICT

Semalam hari bersejarah bagi Skpap kerana berjaya menambah satu sistem bagi capaian internet di sekolah.Sistem itu ialah wireless yang disambung dengan talian schoolnet bagi membolehkan warga Skpap mencapai internet tanpa menggunakan wayar dan menikmatinya di mana-mana dalam kawasan sekolah hatta di dalam tandas sekalipun.Wow,fantastik !satu pencapaian yang hebat bagi tahun 2009.Apa pun terima kasih diucapkan kepada kumpulan rakan daripada PKG Labis yang bertungkus lumus memasang sistem ini tanpa meminta upah yang tinggi.Semua guru berasa teruja untuk cuba mencapai internet dengan menggunakan laptop masing-masing pada hari tersebut.Antaranya Cikgu Rosnah yang sudah memiliki blog sendiri- http://www.rosnahsarawak.blogspot.com

2 comments:

RrR said...

wow, sekolah sekarang dah ada wireless... mesti para guru yang paling gembira!

teruskan mendidik anak bangsa!

salaam

HAMDAN ALJAUHARI said...

terima kasih ar ustaz.....baru ar kita selangkah di hadapan....