Monday, December 29, 2008

Mesyuarat Guru Kali Pertama

Baru sebentar tadi sekolah saya mengadakan mesyuarat kali pertama.Banyak agenda yang dibincangkan.Tentu sahaja yang paling ditunggu-tunggu ialah pengumuman jawatan yang dipegang dan subjek yang diajar.Ternyata banyak perubahan berlaku lebih-lebih lagi ustazah sekolah saya dilantik sebagai PGB Kokurikulum yang baru.Bila orang baru memegang sesuatu jawatan maka sudah tentu akan ada pemilihan ajk yang baru.Setiausaha sukan dilantik orang baru iaitu En Hamdan menggantikan En Kamarulhairi.Saya pula kena memegang Guru Data sekolah bagi menggantikan sahabat saya yang masih sakit.

1 comment:

Anonymous said...

cool blog