Saturday, December 20, 2008

Program Sastera Johor


Perpustakaan ini terletak bersebelahan Maktab Temenggung Ibrahim.Gambar sebelah 3 ahli panel sedang membedah karya novelis


Khalid Salleh sedang menghurai pembikinan Walinong Sari



Tak sangka saya dapat menghadiri Bicara Karya Sastera Negeri Johor 2008 semalam, dikala Mawi sedang bernikah di masjid Sultan Abu Bakar.Itu pun atas jemputan Zaid Akhtar yang pergi kerana karyanya Justeru Impian Di Jaring dibicarakan.Program tersebut diadakan di Perpustakaan Sultan Ismail,JB.Di sana ada 3 karya yang dibicarakan iaitu Justeru Impian Di Jaring (Zaid Akhtar),Walinong Sari – Drama (Khalid Salleh) dan Pengorbanan-Antologi Cerpen (Penulis Muda Johor).Tak sia-sia saya pergi ke sana kerana dapat menimba ilmu baru dan bertemu figure yang hebat termasuklah pelakon terkenal Khalid Salleh.Dalam masa yang singkat itu sempat juga diperbahaskan isu PPSMI semasa sesi soal jawab sehingga keluar hujjah orang yang memperjuangkan PPSMI ini murtad dari bangsa Melayu!Selepas ini dengarnya program seumpama ini akan dibuat di Segamat



Zaid khusyk mendengar karyanya dibedah.Gambar sebelah Zaid menjawab persoalan tajuk novelnya kenapa 'Justeru'?


Khalid Salleh dan Zaid sedang menulis ungkapan untuk tatapan peminat di perpustakaan


Ungkapan Khalid : Tanpa kedaulatan bahasa apa makna kedaulatan bangsa?
Ungkapan Zaid : Hidup Islam,Lestari Bahasa Melayu!


Di tengah ialah novelis WRendra

1 comment:

Anonymous said...

Ust Sirajuddin. Salam perkenalan. Terima kasih kerana bersama2 dalam program tersebut. Jumpa lagi.