Monday, May 4, 2009

Kemalangan Ngeri

Semalam balik dari sekolah menuju ke Segamat saya menyaksikan satu kemalangan yang agak mengerikan berlaku di depan mata antara kereta dengan motosikal.Saya dari arah jalan yang berlainan dapat melihat kereta menghentam motosikal dari belakang.Walaupun dalam kelajuan yang sederahana sebab baru bergerak dari lampu isyarat tapi dahsyat juga nampaknya sampai penunggang motosikal itu tercampak dan mungkin pengsan kot.Seorang tercampak ke bahu jalan manakala rakannya di tengah jalan.Tak tahu la macam mana nasib penunggang motosikal itu.Ini la kali pertama melihat bagaimana kemalangan berlaku dengan begitu dahsyat.Saya tak putus-putus beristighfar,berzikir dan sebagainya.


Cerita tentang kemalangan ini teringat pula kisah adik ustazah Nor Hayati iaitu Nor Hazlina yang sedang mengalami satu penyakit ganjil sehingga para doktor yang mengubatinya surrender tidak tahu punca penyakit tersebut.Dengar khabarnya sudah sebulan beliau mengalami sakit yang macam demam seram sejuk dan sendi itu hingga terpaksa ambil cuti.Sekarang ni keluarga beliau cuba ubat cara kampung pula.Beliau masih dalam latihan perguruan j qaf.Dulu beliau sempat buat praktikal universiti di sekolah saya.Mudah-mudahan beliau segera sembuh dari penyakit tersebut.

2 comments:

rossees said...

innalillaah,
semoga kemalangan itu dapat sentiasa mengingatkan kita, kematian itu suatu rahsia yg pasti berlaku...

semoga Allaah memudah dan memulihkan guru-guru tersebut..sungguh ujian yg berat bagi mereka..

salaam

rossees said...
This comment has been removed by the author.