Wednesday, January 28, 2009

Fenomena Gerhana Matahari

Ahad lalu saya sempat menunaikan solat sunat khusuf (gerhana matahari).Ia bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw agar menyambut peristiwa ini dengan menunaikan solat sunat dan banyakkan bersedekah.Kepada yang pertama kali melakukan ritual itu ia agak berbeza sedikit. Solat sunat dua rakaat itu mempunyai empat kali rukuk iaitu rukuk dua kali setiap rakaat dengan bacaan Al-Fatihah.
Gerhana matahari merupakan satu fenomena membabitkan matahari yang sedang bersinar, secara perlahan-lahan menjadi gelap sebahagian atau keseluruhannya, kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi.
Secara umumnya, gerhana matahari berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada dalam kedudukan sebaris dengan bulan terletak di tengah-tengah antara matahari dan bumi.
Ketika ini, cahaya matahari terhalang sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan.
Oleh itu, kawasan gelap di bumi ketika berlakunya gerhana matahari, sebenarnya adalah laluan bayang-bayang bulan

No comments: