Thursday, January 29, 2009

Friendster Atau Facebook?

Saya tergerak menulis tentang friendster @ facebook laman rangkaian sosial paling popular ini bila terdengar perbualan antara remaja yang sedang melayari internet.Asyiknya mereka bila berbincang tentang friendster.Kebetulan saya pernah membaca tulisan ADHAM SHADAN yang bertajuk 'Jaringan komuniti maya'.Beliau membuat kajian tentang tahap popular antara friendster dan facebook di Malaysia.Kajian beliau mendapati friendster lebih popular di Malaysia dengan 27 peratus pengguna internet menggunakan friendster.Di Asia friendster menduduki tempat pertama dengan 36 juta pengunjung manakala facebook menduduki tempat kedua dengan 18 juta pengunjung.Saya cuba selidik pendapat seorang kakitangan Adn Minda (Kedai Komputer)yang bernama Kak Norashitah sama ada beliau melayari facebook.Beliau menjawab tidak,sebaliknya menggunakan friendster.Bagi saya,lebih gemar menggunakan facebook selepas diperkenalkan oleh Zaid Akhtar (penulis tersohor),berbanding friendster.Sekali log in terus melekat sampai sekarang.Apa yang menariknya saya dapat mencari rakan-rakan lama yang sudah terpisah dan bertanya khabar meraka melalui facebook.Manakala friendster sudah lama tak menjenguknya.

2 comments:

Anonymous said...

Salam cikgu,
saya tertarik dgn post cikgu ini.
Pernah dengar salamcyber.com tak?

Kalau friendster penuh dgn remaja..
facebook; pelbagai peringkat (hingga menteri pun ada).Manakala salamcyber.com lbh Islamic.laman ini masih baru berbanding laman lain namun, ia jg adalah laman alternatif bagi penggemar jaringan sosial maya...

*(mmm... selamat sikit utk dipandang)

cubala...

Anonymous said...

salam.. err cikgu
friendster atau facebook? saya pengguna keduanya. malah saya ada banyak lagi akaun laman web komuniti ini seperti tagged, hi5 dan multiply. fungsinya sama cuma friendster lebih mudah dan lebih user friendly. mungkin sebab itu ia lebih digemari remaja. facebook.. saya suka juga cuma pada saya agak complicated berbanding yg lain dan lebih digemari oleh mereka yang lebih dewasa. cuma bestnya facebook, user blh tau kawan2 mereka yg online juga boleh menggunakan khidmat instant messenger bagi yang tidak ada ym. lagi best kalau gunakan pelayar mozilla firefox. byk ads on.. ^^