Saturday, January 3, 2009

Selamat Belajar & Mengajar!

Esok bermulalah hari persekolahan.Tentunya semua pihak sama ada guru,murid dan ibubapa sudah tidak sabar-sabar menanti hari pertama persekolahan.Tentunya aksi yang dinantikan ialah keletah murid tahun satu.Bagaimana mereka memasuki alam baru dari pra sekolah ke tahun satu.Mungkin ada yang menangis atau seronok dan sebagainya.Guru kelas tahun satu kenalah pandai memainkan peranannya.Sebab tu guru kelas tahun satu dipilih dari kalangan mereka yang sudah lama mengajar dan biasanya guru perempuan yang menjadi keutamaan.Selain itu pihak sekolah juga kena bersiap sedia pada hari pertama kerana pihak PPD akan datang memantau perjalanan setiap sekolah di hari pertama persekolahan.Kalau hari pertama kelam kabut,maknanya pihak sekolah masih tidak bersedia memulakan sesi pembelajaran.Saya percaya perkara ini merupakan satu rutin yang biasa dilalui oleh semua guru dan semuanya sudah bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan pada hari pertama persekolahan nanti.Selamat Belajar & Mengajar!

No comments: