Tuesday, April 28, 2009

Pertandingan Membaca Rumi & Jawi serta Azan



Pagi tadi saya menjadi pengadil bagi pertandingan membaca rumi untuk tadika kemas,membaca jawi dan azan bagi sekolah rendah anjuran Pusat Sumber Pekan Air Panas.Melihat telatah murid-murid di usia yang mentah ini amat menghiburkan hati.Dapat merehatkan minda lari dari kesibukan tugas mengajar.Selepas selesai pertandingan saya cuba menyelesaikan hal peribadi dengan rakan sekerja.Ragam dan tingkah laku manusia memang sukar dibaca.Kadang-kadang ia tak seperti yang kita fikirkan menyebabkan kita salah tanggap terhadap seseorang.Namun penyelesaiannya bukanlah dengan cara memberitahu orang ketiga kerana ia boleh menyebabkan kita terjerumus dalam perbuatan mengumpat.Adalah baik kita bersemuka dan berterus terang dengan orang yang bermasalah dengan kita.Itulah yang saya cuba lakukan dan hasilnya sangat baik.Lantas memberikan ketenangan dan menjawab persoalan yang sering bermain-main di benak fikiran ini.

1 comment:

Fasiha said...

Semoga tabah mengharungi dugaan, kadang kala 'lapang' itu bukan sebab kita sudah melaksana satu usaha tetapi kerana Allah redha menurunkan ketenangan melalui niat kita membuat kita lebih tenang..