Tuesday, April 28, 2009

Pertandingan Membaca Rumi & Jawi serta Azan



Pagi tadi saya menjadi pengadil bagi pertandingan membaca rumi untuk tadika kemas,membaca jawi dan azan bagi sekolah rendah anjuran Pusat Sumber Pekan Air Panas.Melihat telatah murid-murid di usia yang mentah ini amat menghiburkan hati.Dapat merehatkan minda lari dari kesibukan tugas mengajar.Selepas selesai pertandingan saya cuba menyelesaikan hal peribadi dengan rakan sekerja.Ragam dan tingkah laku manusia memang sukar dibaca.Kadang-kadang ia tak seperti yang kita fikirkan menyebabkan kita salah tanggap terhadap seseorang.Namun penyelesaiannya bukanlah dengan cara memberitahu orang ketiga kerana ia boleh menyebabkan kita terjerumus dalam perbuatan mengumpat.Adalah baik kita bersemuka dan berterus terang dengan orang yang bermasalah dengan kita.Itulah yang saya cuba lakukan dan hasilnya sangat baik.Lantas memberikan ketenangan dan menjawab persoalan yang sering bermain-main di benak fikiran ini.

MENGUMPAT / GHIBAH

MENGUMPAT / GHIBAH
1. Mukaddimah
Tajuk diatas merupakan suatu tajuk yang kurang senang untuk didengari kerana ianya suatu tabiat yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian; malah ada ketikanya menjadi kegemaran pula. Renungan yang dimaksudkan berkaitan dengan mengumpat atau ghibah. Ianya adalah bersangkutan dengan kehormatan dan keperibadian seseorang. Ia bukan sahaja menimbulkan keaiban kepada orang yang diumpat malah menampakkan keaiban serta keburukan Si pencerita.
Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya :
Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)
Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
Dalam hal ini pernah Talhah (sahabat Rasullah(S.A.W.)) menyesali tindakannya mengesan tingkahlaku Saidina Umar yang sering berkunjung ke rumah seorang perempuan buta yang lumpuh kerana membantu wanita tersebut.
Dengan itu adalah penting seseorang cuba menutup kelemahan saudaranya kerana ganjaran besar yang akan diterima disamping jaminan kelemahan/keaibannya ditutupi oleh Allah, atau sekurang-kurangnya takut kepada amaran Allah (S.W.T) dalam firmannya:
Sesungguhnya mereka yang suka menyebar kejahatan dalam golongan orang - orang yang beriman, akan mendapat ahzab yang payah didalam dunia dan akhirat;(Surah Al-Nur ayat 19)

Sunday, April 26, 2009

Cuba Mengenali Rakan Sekerja


Saya kadang-kadang keliru dengan sikap rakan-rakan sekerja dan kerap tersalah anggap.Rupanya banyak lagi sikap dan latar belakang mereka yang saya tidak ketahui.Saya diberitahu oleh kak Fasiha tentang satu kaedah metafizik menggunakan kiraan tarikh lahir seseorang yang boleh membantu untuk mengenali diri rakan kita.Lalu saya minta dia buat kiraan untuk rakan sekerja saya iaitu :
1) PGB 1
1/5/1967
root no - 2 (sifat air) saling menyokong dgn root 6(no root saya), byk perkara dia menang. apapun tak jadi hal.

156
sesuai utk buat site income

145
Anugerah kesihatan yg baik, potensi penyakit kurang. Kesihatan yg lbh baik berbanding org lain yg seusia.

279
memilikki daya penarik tersendiri

696
sesuai utk mjlnkan perniagaan kerana mudah mendapat untung, mgkn juga dia menggunakan sebaiknya kelebihan no 279

Potensi penyakit: hati, sendi, tulang, mata
2) PGB 2
23/3/1967
root no 4 (sifat kayu), org yg root 6 (mcm saya) kdgkala tak berapa nak masyuuk dgn root ini apatah lagi sifat dlmn dia juga 4. Tapi dia bukan musuh, tapi tu..la kena buat correction ada tolak ansurnya.

246
bijak berpidato/berceramah

339
Berjaga-jaga dengan aliran kewangan kerana agak boros/cenderung berbelanja lbh

38
Boleh diharap kerana menjadi penggerak bg sesuatu aktiviti/kerja

Potensi penyakit: pernafasan, kulit, usus besar, buah pinggang, pundi kencing
3) PGB 3
12/1/1975
root no 8 (sifat api) ngam dengan root saya??

no-no dlm kiraan tarikh ini agak unik sbb sama belah kiri dan kanan. apapun ini sdkt penerangan :

375
Biasa terdapat pada org kenamaan, atau berpangkat dlm kerjayanya.
Situasi org yg berada diatas ia cenderung kepada sifat mensabotaj dan ada masa dia juga akan disabotaj/di halang @ terhalang dlm urusan kerjanya.
(kalau dia rakan baik cikgu, kena selalu bagi sokongan moral)

336
Ada sifat boros
potensi penyakit: pernafasan, kulit, usus besar, buah pinggang, pundi kencing, perut dan sekitar

Wallahu'alam.ada yang betul dan ada yang tak pasti tentang hasil kiraan ni...

Saturday, April 25, 2009

Transformasi Eli?



Apakah rahsia pertemuan Eli dengan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini?Kebetulan beliau bertemu Tuan Guru sebelum berangkat menunaikan umrah.Adakah beliau meminta Tuan Guru mendoakan kesejahteraan diri beliau yang sedang dilanda kontroversi di depan kaabah??!

Friday, April 24, 2009

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

Baru sebentar tadi saya menjalani kursus sehari di sekolah bergabung dengan SK Sawah Bahru. Setiap guru dalam setahun perlu ada 7 kali kursus dalam perkhidmatan.Ada 3 lagi kursus seumpama ini dirancang.Tadi kursus berkaitan cara penyediaan Kajian Tindakan yang disampaikan oleh Cikgu Ainiah dari SMK Maokil.Tahun ini JPNJ mengarahkan seorang guru perlu ada satu kajian tindakan.Semasa sesi bengkel saya satu kumpulan dengan abang Abu Bakar,Kak Noratiqah dan Kak Nor Hayati.Pastinya orang yang banyak idea Kak Yati la.Kami pilih kajian tindakan beliau iaitu Permasalahan membezakan perkara yang membatalkan wuduk dan puasa menggunakan kaedah permainan labah-labah.Seronoknya juga dapat berkongsi idea begini.Kalau buat seorang diri alamat syok sendiri la.

Sunday, April 19, 2009

Pameran Buku Antarabangsa


Amalan pemberian hadiah mahal sempena hari jadi anak yang menjadi ikutan masyarakat moden perlu diubah kepada pemberian hadiah buku sebagai pendorong untuk mereka menggemari buku sejak kecil.
rujuk link ini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090419023721/Article/

Taklimat PPSMI

Jumaat lalu dapat kerja baru semasa hadir di taklimat PPSMI.Kena buat laporan PPSMI.Guru data lagi kena buat.Banyaknya kerja.Begitulah rungutan kalangan jemaah guru data.Belum sudah audit nilai dah dapat kerja baru.Hj Sazali orang PPD lantas memahami apa yang bermain di benak fikiran khalayak guru data segera memujuk dengan nasihat berikut yang perlu difikir-fikirkan:
1) Jangan sentiasa beritahu orang lain yang kita banyak kerja.
2)Jangan fikir banyak kerja sebab takde sape yang suruh kita cari kerja.
3)Walaupun kita banyak kerja,jangan sesekali abai tugas utama kita iaitu P&P.Masuklah kelas walaupun sekejap.Ajarlah anak murid kita kerana itu tugas asas kita.