Sunday, November 16, 2008

headcount yang mencabar minda

Semalam diadakan kursus headcount di sekolah saya.Tujuannya ialah untuk mensasarkan pencapaian murid bagi tahun hadapan 2009.Ertinya guru-guru sudah ada target untuk setiap murid bagi setiap subjek di tahun hadapan nanti.Bunyinya macam hebat..diharapkan realitinya begitulah.Walaupun tahun lepas guru-guru sudah diberikan panduan cara membuat headcount, namun disebabkan ianya dibuat sekali sahaja pada setiap hujung tahun sudah tentulah ada yang terlupa.Jadi bila dikumpulkan semua guru maka mudah untuk diberikan panduan dan terus dibuat headcount bagi setiap subjek guru tersebut.Caranya ialah :
1) Cari tahun terbaik keputusan UPSR atau akhir tahun dalam tempoh 3 tahun
2) Bagi mencari bilangan murid lulus (ETR tahun akan datang) : % lulus UPSR terbaik bahagi 100 darab bilangan murid (tahun akan datang)
3) bagi mencari bilangan murid A (ETR tahun akan datang) : % A UPSR terbaik bahagi 100 darab bilangan murid (tahun akan datang).Begitulah seterusnya untuk mencari bilangan murid B,C,D,E.
4) Selepas mendapat ETR murid,guru bolehlah meminda ETR tersebut berdasarkan realiti murid yang guru ajar dan membuat sasaran jika murid itu mendapat D (peperiksaan akhir tahun) disasarkan kepada D yang tinggi atau ke C.Jika murid itu mendapat C disasarkan ke B dan begitulah seterusnya.Maknanya guru ada target untuk setiap murid agar mereka mendapat keputusan yang lebih baik.

Sekali imbas memang mencabar minda.Namun akhirnya menjadi seronok pula..

No comments: