Monday, November 24, 2008

Orang Utara memang peramah


Pengantin Maslia diapit oleh Farhey sekeluarga


Kak Ina sekarang bertugas sebagai pensyarah Insaniah

Kembara ke utara menemukan saya dengan rakan-rakan seperjuangan semasa belajar dulu.Di perlis saya dapat bertemu dengan Syeikh Farhey dan Johaibi sekeluarga.Mereka bertugas sebagai tenaga pengajar di sana.Mereka menjamu saya dengan makanan popular di sana iaitu pasembur.Farhey kata “sape yang makan pasembur perlis pasti nak mai lagi makan”.Sempat juga saya menghadiri kenduri kahwin Maslia @ Battul rakan chatting dalam internet.Setelah sekian lama hanya bertegur orangnya di ruang cyber akhirnya beliau menegur saya “Ini Siraj ke?”saya hanya mampu tersenyum simpul tanda mengiakan jawapannya.Saya doakan semoga beliau bersama suami tercinta berbahagia ke anak cucu.Harap-harap beliau menerima hadiah saya yang tak seberapa tu.Terima kasih kerana melayan kami bagai tetamu diRaja.Maklumlah nama saya sama dengan Sultan Perlis.Di Kedah pula saya bertemu dengan Syeikh Ghani,Kak Ina G dan Azki.kak Ina G belanja makan di Restoran Ayamas dengan menu yang hebat.Tak tercapai lah hasrat saya untuk makan masakan nasi ayam dan masakan arab kak Ina yang saya dengar sangat special!

Syeikh Azki sekarang bertugas sebagai pendaftar di Insaniah
Johaibi sekeluarga

Kembara ke Utara


Pemandangan sawah bendang (atas) dan ladang tebu jutawan gula Robert Kok

Kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan.Lari dari kesibukan kerja-kerja di sekolah saya mengembara sendirian ke utara tanahair negeri Perlis dan Kedah pada 22-23 Nov.Apa yang ingin saya lihat pemandangan sawah bendang yang menghijau.Sesuatu yang tak dapat dilihat di tempat saya.Pemandangan itu menyegarkan mata menenangkan fikiran
Masjid negeri tidak jauh dari istana

Tuesday, November 18, 2008

Ziarah Syeikh Hasbullah Ad Dumyati


Beliau duduk di tengah(gambar semasa di KISAS)

Tak sangka rupanya sudah 10 tahun saya tak bertemu dengan senior saya ketika di pusat pengajian dulu.Hari Isnin lalu akhirnya saya berpeluang bertemu dengan beliau Syeikh Hasbullah Ad Dumyati.Beliau berasal dari Besut,Terengganu.Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.Sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat PHD di UIA.
Beliau duduk di sebelah depan kanan sekali (semasa di Mesir)

Sunday, November 16, 2008

headcount yang mencabar minda

Semalam diadakan kursus headcount di sekolah saya.Tujuannya ialah untuk mensasarkan pencapaian murid bagi tahun hadapan 2009.Ertinya guru-guru sudah ada target untuk setiap murid bagi setiap subjek di tahun hadapan nanti.Bunyinya macam hebat..diharapkan realitinya begitulah.Walaupun tahun lepas guru-guru sudah diberikan panduan cara membuat headcount, namun disebabkan ianya dibuat sekali sahaja pada setiap hujung tahun sudah tentulah ada yang terlupa.Jadi bila dikumpulkan semua guru maka mudah untuk diberikan panduan dan terus dibuat headcount bagi setiap subjek guru tersebut.Caranya ialah :
1) Cari tahun terbaik keputusan UPSR atau akhir tahun dalam tempoh 3 tahun
2) Bagi mencari bilangan murid lulus (ETR tahun akan datang) : % lulus UPSR terbaik bahagi 100 darab bilangan murid (tahun akan datang)
3) bagi mencari bilangan murid A (ETR tahun akan datang) : % A UPSR terbaik bahagi 100 darab bilangan murid (tahun akan datang).Begitulah seterusnya untuk mencari bilangan murid B,C,D,E.
4) Selepas mendapat ETR murid,guru bolehlah meminda ETR tersebut berdasarkan realiti murid yang guru ajar dan membuat sasaran jika murid itu mendapat D (peperiksaan akhir tahun) disasarkan kepada D yang tinggi atau ke C.Jika murid itu mendapat C disasarkan ke B dan begitulah seterusnya.Maknanya guru ada target untuk setiap murid agar mereka mendapat keputusan yang lebih baik.

Sekali imbas memang mencabar minda.Namun akhirnya menjadi seronok pula..

Friday, November 14, 2008

Cuti Akhir Tahun


Guru-guru sedang melihat natijah UPSR


Maka bermula cuti akhir tahun 2008.Tentunya murid-murid yang paling gembira.Lebih-lebih lagi murid yang cemerlang dalam UPSR.Guru-guru yang membuat pelbagai janji yang muluk kepada anak muridnya hari ini mereka terpaksa menunaikan janji mereka.Yang saya dengar beberapa orang guru di sekolah saya memberikan RM50 kepada mereka yang mendapat 5A.Saya pun tidak terkecuali,tetapi hanya berikan RM30 sahaja.Manakala yang mendapat 3A pun saya beri juga sebanyak RM10.Mudah-mudahan mereka menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.Saya jangkakan hari ini ada kenduri dari guru yang cemerlang prestasi subjek UPSR,namun sangkaan saya meleset.Awal-awal lagi cikgu rosnah message saya.."ust bolehlah bodek azliza,dia yang top!saya takde bendanya.Sememangnya bebudak tu ok,tuition dengan yati pardi,yang penting tugas saya dah jalan dengan baik,tahniah untuk semua guru!".Esok pula semua guru kena datang sekolah kerana ada kursus headcount..dengarnya ada sarapan yang ditaja oleh PGB HEM.Almaklumlah anak dia dapat 5A...

Wednesday, November 12, 2008

Natijah UPSR 2008

5A dari kiri Siti Noor Fareeza,Nurul Nadiah,Nor Elia

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah muncul..natijah UPSR 2008.Alhamdulillah sekolah saya terus menerus mengeluarkan murid yang mendapat 5A.Kali ini seramai 3 orang iaitu Siti Noor Fareeza (murid terbaik SKPAP 2008),Nurul Nadiah dan Nor Elia.Manakala yang mendapat 4A tidak ada dan 3A pula 4 orang iaitu Nor Syakilla,Ayu Yuhana,Nor Asyikin dan Mohd Qushairie. Secara keseluruhannya pencapaian kali ini ada peningkatan berbanding tahun lepas dengan subjek matematik dan BM kefahaman mencatat kelulusan 100 peratus.Tersenyum girang Kak Azliza dan Kamarulhairi sehingga ada rakan-rakan berseloroh meminta Kak Azliza belanja melancong ke Paris.Pihak pentadbir menarik nafas lega dan tersenyum lebar kerana tidak perlu mengadap PPD.Bagi sekolah yang mencatat penurunan terpaksalah mengadap PPD untuk memberi seribu alasan.
3A dari kiri Qushairi,saya,Nor Asyikin,Nor Syakilla,Ayu Yuhana

Tuesday, November 11, 2008

Markah Prestasi Kerja Tahunan


Guru yang cemerlang (90% lebih markah prestasi) dari kiri Kak Rosnah,Ustzh Nor Hayati

Baru tadi Pembantu Guru Besar sekolah saya minta tolong isikan markah prestasi kerja guru dalam komputer.Kalau sebelum ini,dia yang mengisi sendiri tetapi kali ini perisian yang digunakan adalah baru maka terpaksa menggunakan khidmat guru data.Jadi boleh lah saya tahu markah prestasi kerja saya untuk tahun ini.Saya dimaklumkan semasa taklimat di PPD,sepatutnya guru diberitahu markah prestasi kerja masing-masing supaya dia boleh meningkatkan lagi prestasinya untuk tahun akan datang pula.Sebagai guru baru, rakan-rakan memberitahu biasanya markah tidak melebihi 90 peratus.Jadi markah yang saya dapati sebanyak 88.90 peratus itu sudah dikira tinggi juga ditambah pula hampir setengah tahun saya tidak berada di sekolah kerana bercuti sakit.Ustazah yang seorang di sekolah saya itu mendapat 93.16 peratus.Manakala guru yang dicalonkan untuk APC mendapat 94 peratus.