Saturday, April 11, 2009

Maulidur Rasul SKPAP


Hari ni baru habis program Maulidur Rasul sekolah saya.Rasanya bebanan yang terpikul di bahu ini telah berkurang sebanyak 80 peratus.Minggu ini sahaja 2 program besar sudah dilaksanakan iaitu Maulidur Rasul dan Mesyuarat Agong PIBG.Sebagai penyelaras program memanglah meletihkan walaupun turut dibantu rakan yang lain.Inilah kali pertama saya kendalikan program sepenuhnya.Sebelum ini Ustazah Nor Hayati yang kini menjadi PGB KOKO.Tentunya ada kekurangan di sana sini namun majlis tadi berjalan lancar.Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu melancarkan program ini lebih-lebih lagi Ustazah Nor Hayati yang membimbing saya dulu sehingga saya boleh berdikari sekarang.Mungkin dia terasa hati kali ini kerana saya tidak banyak merujuk kepadanya sehingga terkeluar kata-kata "dia tak minta tolong pun dengan kita"..Ceramah kali ni disampaikan oleh Ustaz Abd Hamid,Guru Besar Sekolah Agama Felda Chempelak.Rupa-rupanya dia ada hubungan keluarga dari sebelah ayah saya.Antara mutiara yang sempat saya kutip ialah lirik nasyid selawat yang didendangkan dalam ceramah beliau..
Dimulai dengan selawat ke atas nabi..
Sayang-sayang orang tua tak sembahyang,
nabi Adam juga tua pun sembahyang

Sayang-sayang orang muda tak sembahyang,
Saidina Ali 10 tahun sudah sembahyang

Sayang-sayang orang kaya tak sembahyang
Nabi Sulaiman lagi kaya pun sembahyang

Sayang-sayang orang miskin tak sembahyang,
Nabi Isa lagi miskin pun sembahyang

Sayang-sayang orang handsome tak sembahyang,
Nabi Yusof lagi handsome pun sembahyang

Sayang-sayang orang cantik tak sembahyang,
Saidatina Fatimah juga cantik pun sembahyang

Sayang-sayang orang sihat tak sembahyang,
Nabi Muhammad juga sihat pun sembahyang

Sayang-sayang orang sakit tak sembahyang
Nabi Ayub juga sakit pun sembahyang

Lagu nasyid ini boleh diubah suai mengikut citarasa pembaca

No comments: